Monday, 7 May 2012

CHECKERED CAKE

As-salammmm..
Akhirnya sejak 2-3 minggu nih banyak kek-kek versi lama yang tersenarai dalam list dapat dilunaskan..ffuuhhhhh!!! legaa rasanya, kalau tak asyik dok fikirrr..bila laa nak buat..bila la nak buat..awin pulak asyik tanya bila la mama nak buat kek nih, haaa arini siap sudahhh..lepas2 nih dah boleh buat kek2 yang lain pulak, untuk "checkered cake" nih i gunakan kek butter resepi dari chef peter lim, pertama kali mencuba resepi kek butter nih..jom tengok bawah lagi..




Bahan2..
300 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur B
250 gm tepung superfine*
13 gm susu tepung*
1.5 gm baking powder* - *satukan dan ayak
28 gm glyserine
1/2 sdb coklat emulco

Cara2nya..

1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
2. Masukkan telur 3 biji dan pukul selama 5 minit, tambahkan baki telur dan pukul lagi sehingga gula larut.


3. Masukkan tepung sedikit2 dan kaupbalik adunan bagi rata.


4. Tuang glyserine dan pukul dengan kelajuan perlahan selama 15 saat.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian ditambahkan coklat emulco dan digaul sebati dan rata, 1 bahagian lagi dibiarkan kosong.



6. Tuang 2 adunan tersebut dalam 2 loyang saiz 8 inci yg telah digris dan dilapik kertas minyak, ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.



9. Potong nipis kulit dibahagian atas setiap kek, kemudian potong setiap biji kek kepada 2 lapisan.


kepada yang nak beli "ring cutter" nih boleh la add PUAN ZAITONG SYED AHMED di FB ya..





10. Tekapkan "ring cutter" pada setiap lapisan kek vanilla dan coklat yang dipotong tadi, kemudian keluarkan ring cutter tersebut, i buat penambahan di tengah2 kek untuk menjadikan lebih banyak "checkered" dengan menggunakan acuan tulip dan acuan biskut.





11. Ambil 1 potongan bulat kek coklat, letak atas papan kek dan sapu krim dikeseluruhan dalam kek, ambil kepingan bulatan yang ke dua dari kek vanila dan masukkan ke dalam kek coklat yang telah disapu krim tadi (seperti dalam gambar), di ikuti dengan kepingan bulatan kek coklat dan seterusnya sehingga kepingan kek vanilla yang paling kecil, kek mestilah bergilir2 warna, buat untuk kesemua kepingan kek vanilla dan coklat.


12. Sapukan krim pada keseluruhan atas kek.


13. Letak kek lapisan kedua diatas krim tadi, kemudian sapu krim lagi, buat sehingga siap 4 lapisan, pastikan kek bermula dari bawah, coklat, vanilla, coklat dan vanilla.



14. Bila siap semua dilapiskan, sapu krim pada keseluruhan kek, i gunakan nozel kelopak bunga ros paling besar bagi memudahkan kerja tanpa gangguan dari serbuk2 kek, kemudian baru ratakan dengan spatula, siap disapu krim, sejukkan kek sehingga krim mengeras.


15. Tuang sedikit ganache ke dalam piping bag untuk meratakan pada tepi2 kek kemudian, letakkan kek atas redai yang dilapik dengan dulang lebar, tuang ganache ke atas kek, biarkan ganache turun dengan sendirinya, pipekan ganache ditepi2 kek yang tidak terkena, sejukkan dalam peti sejuk dalam 10 minit.




16. Masukkan ganache coklat putih dalam piping bag dengan nozel no. 2, buat kekotak di atas kek atau hias ikut kreativiti masing2. 
17. Rendam pisau dalam air panas, lapkan baru potong kek, kek akan nampak cantik. Jom rasa.


yang decoration atas kek tu i korek2 coklat compound dengan mende alah nih..nama i tak tau hehehhe..

Bahan krim..
500 gm RICH non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese
100 gm gula aising*
1 sdk nescafe* satukan dan ayak
1 sdk jus lemon

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul non-dairy whipping cream sehingga bertanduk. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain dengan menggunakan mixer yang sama pukul sebati cream cheese, gula aising, nescafe dan jus lemon.
3.Campurkan non-dairy whipping cream yang telah dipukul tadi dan pukul lagi sehingga kedua2 bahan sebati dan rata.

Bahan2 ganache..
100 gm uht whipping cream
300 gm dark coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan uht whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas yang berisi coklat sagat.
3. Gaul sehingga coklat larut.

Bahan2 ganache putih..
50 gm uht whipping cream
100 gm white coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan uht whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas yang berisi coklat putih sagat.
3. Gaul sehingga coklat larut.

46 comments:

  1. Assalamualaikum Shuhairi

    Salam perkenalan dari ita.
    Terujanya bila masuk blog ni.. banyaknya resepi yang best2..
    Ita jumpa blog ni masa cari resepi steam buttercream.. terima kasih kerana berkongsi resepi..dan tak lokek berkongsi ilmu.. semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat..

    terlebih dahulu nak minta izin jika ita nak cuba resepi dari shu.. dan boleh tak jika resepi tu ita kongsikan pula di blog ita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      salam perkenalan utk kita bersama ya sis..moga silaturahim antara kita berkekalan, dan terima kasih juga sudi ziarah juicy cafe..

      silakan share ya sis, xde masalah, lagi bagus jika kita berkongsi dgn sahabat2 yg lain kan..alhamdlhh..terima kasih juga ya sis atas doanya aminnn..

      Delete
  2. sentuhan tgn magik akak mmg mantoppp...hasil mmg sempurna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih sis qaseh..xla la magic heheheh..biasa aje sis..

      Delete
  3. dimana akak nak dapat acuan ni.. sukalah... kat kek ni pun lebih suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis add puan zaitong syed ahmed kat FB ya..dia ada jual..

      Delete
  4. mcm senang jer nk buat....tengok pun menyelerakan....(^__*)

    ReplyDelete
  5. Assalam.... Mana boleh dapat cutter cake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis nur..cuba add puan zaitong syed ahmed kat FB yaa..

      Delete
  6. Salam, mesti sedap tu, rasa vanila, choc, bc & choc ganache dikombinasi... nampak senang tapi rasanya orang2 yg sabar sahaja mmpu menyudahkannya dgn smpurna, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis sari..mmg x dinafikan kombinasi yg bule tahan sedap sis..tp tambahan lg ade cream cheese..adooiii..punah diet i sis hehhe..btol sis, buat kek nih mesti sabarrrr heheh..

      Delete
  7. slam kenal...cantik dan kemas aje...sedapnye

    ReplyDelete
  8. Salam Shu.menariknyak kek chekered ni...dgn gabungan krim dan topping choc tu...nyummm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis mamasya..
      terima kasih yaa..mmg sedap sis bila dgandingkan dgn cream cheese..

      Delete
  9. masuk list nk wat hehheheh tunggu nk cr rng cuntter...

    ReplyDelete
  10. akak ring dia akak ada jual tak, sya nak beli dgn akak blh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis suraya..
      ring cutter tu bule beli dgn puan zaitong syed ahmad yaa..

      Delete
  11. Salam,

    Tabik betul dengan shu... u & your step by step recipe.. I m always impressss... really impressssssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis ogyep..
      toink toink toink heheh..tq sis hehhe..

      Delete
  12. Assalamualaikum kak shu...
    Resepi ni dah masuk waiting list...tggu nak order cutter ring ngan kak zaitong....cantik...tertarik....mmg d boom la hasilnya kak....terima kasih kak shu atas perkongsian resepi ni...tgk sblm ni tak faham..tp akak dah tnjk step by step barulah wan faham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis wan anita..
      lama x nmpk sis..sibuk ya hehhe..
      sama2 ya sis, tunggu kak zaiton hantar ring cutter ya..

      Delete
  13. Resipi kek butter ni sedap tak.?
    Teringin nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa setiap makanan berbeza pd setiap individu, cuma i boleh beri markah 4/5..selebihnya u kena cuba n rasa..

      Delete
  14. <3 betull2.. suke sangt2 tengok blog akak.. membangkitkan semangat untuk mencuba.. semoga akak dirahmati sebb berkongsi ilmunya.. sharing its caring akak..tqq :)) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih ygg..cuba la mane2 yg berkenan..

      Delete
  15. Assalam akak.tq share resepi kek ni. cma dah buat dan alhamdulillah menjadi. dah 2 kali buat. sedap sgt.tq kak sbb sharekan resepi yg hebat2 dan sedap2 belaka...

    ReplyDelete
  16. salam
    ganache tu biar betul2 sejuk atau suam2 je..sbab byak kali sya buat bila tuang atas krim,kri tu mencair sedikit..camna nak wat bila tuang ganache tu comel2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      ganache tu biarkan tdk pekat dan tdk cair baru di tuang atas kek ya..

      Delete
  17. Assalamualaikum,
    Glyserin tu dipukul akhir sekali dalam adunan kek. Tapi apa fungsi glyserin untuk ke yer?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      dr info yg i faham, glyserin berfungsi utk melembabkan adunan kek.

      Delete
  18. aslmkm...dah lama cari ring cutter untuk buat checker cake. tg atas informasi, tp xjmpa la nama puan zaitong syed ahmedtu. bleh tlg belikan ring cutter utk saya tak? fb saya ndanor hafizah...tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      kalu x jumpe dlm fb sis cr dlm fb loyang dan acuan..ini linknya ya..
      http://www.facebook.com/loyangdanacuan?fref=ts

      Delete
  19. kak jue,
    aniey rasa kalu aniey dah nanes dah buat kek nie... ish cam nie kena dtg johor lah berguru dgn akak... bila nak jemput kita kak ?? heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..jgn leww naness..nti penat akak nk lap ayaqmatak hang tu hehehe..meh meh akak jemput..

      Delete
    2. hahah tak payah lah lap ayeq mata che kak kasi rainbow in jars sure2 ok hikhikhik

      Delete
  20. askum, kak jue
    nak tanya loyang bulat tue akk guna yg berape inci?

    ReplyDelete
  21. .salam perkenalan dari saya sis.saya masih baru dlm blogging ni...cantik2 kek yang sis buat..terliur saya..saya nak mintak izin boleh tak saya 'ciplak' resepi ni dan saya masukkan dalam blog saya utk share ngan rakan2?...

    ReplyDelete