Kek Pisang tiba-tiba menjadi viral. Ini semua kerana Sis Duyung Lalink kita tu kan..dialah menjadi saspek utama dalam kek pisang viral nih hahahha..jangan pengsan atau saket dada kay lalinkk mucukkk..makaseh kerana meng'viral'kan KEK PISANG..hahaha..
Ramai dah mencuba tetapi tak pasti sama ada resepi yang sama dengan lalink atau resepi yang berbeda. Besar kemungkinan berbeda sebab rata-rata i lihat resepi yang dikongsikan itu adalah dari pelbagai blogger..tapi takpe..selera masing-masing kan berlainan..tak sama pun tak pe..
Resepi ini pula i dapat dari rumah Sis Azlita Aziz kita. Izinkan i berkongsi disini pula ya sis. Terima kasih. I ada buat tambahan isi pisang dan setelah dilecek i perapkan semamlam seperti yang pernah i belajar sebelum ini. I juga telah ubahkan ke sukatan gram. I lebih suka dengan sukatan gram berbanding sukatan cawan, kalau guna sukatan cawan, kena guna 2 ke 3 jenis sukatan cawan mengikut resepi, berbanding dengan gram hanya menggunakan 1 bekas sahaja untuk pelbagai sukatan.
Bahan-bahan..
350 gm pisang*
1 sdk serbuk soda*
1 sdk perasa pisang* - satukan dan lecekkan - perap semalaman
4 biji telur A
220 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 sdk ovalette
150 gm mentega - dicairkan dan disejukkan suhu bilik
300 gm tepung gandum**
1 sdk serbuk penaik** - **satukan dan ayak
3 biji pisang - belah 2 memanjang - hiasan
Cara-caranya..
1. Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman.
2. Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, perasa vanila dan ovalette, pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
3. Masukkan mentega cair dan pukul sebati.
4. Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata.
5. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sahaja.
6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking', lapik kertas minyak dan oles sedikit lagi.
7. Susun pisang yang dibelah 2.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 - 60 minit atau sehingga keperang-perangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
DAH WAT ARITU KAK.. GEBU SGT... TP MALAS NAK UPDATE LAM BLOG
ReplyDeleteLamanyaa kita x tgk blog hehehe..maaf siss..
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Salam.. sy peniaga keci kecilan membuat cake. Ingin tahu bagaimana untuk membuat kek marble tahan lama kerana sy menerima tempahan 300 biji untuk door gift perkahwinan. Sy mengunakan oven.kecil sahaja .. ambik masa untuk membakarnya dlm sehari..terima kasih
ReplyDeleteWslm wbt sis..
DeleteMohon maaf ya..mgkn sis boleh tanya pd yg lebih arif ya..
Tq kerana sudi reply
ReplyDeleteSerbuk soda tu...soda bikarbonat ke?
ReplyDeleteThank you so much for this wonderful Post and all the best for your future. I hope to see more post from you. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.
ReplyDelete