Thursday, 12 March 2015

KARI TELUR

Assalamualaikum..
Tempoh hari lihat sis Sheila d'Dapoq buat Kari Telur nih. Fuuhhh! tengok gambar sahaja sudah menyelerakan belum makan lagi. Kalau makan mahu tergolek dok hehehe..mau tak tergolek, dah sedap sangat, makan pun sampai tak ingat dunia sampai kembong perut..tu la tergolek dok tu hihihi..

Hari ini pada awalnya nak buat kari daging dan tiba-tiba teringalah kari kak Sheila kita tu..terus simpan daging dan rebus telur.

Terima kasih pada sis Sheila atas perkongsian resepinya ya, i kongsikan disini pula ya..cuma i tidak mengikut sepenuhnya resepi sis Sheila cuma hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam simpanan dan dalam sukatan yang sedikit. Al maklum laaa tak ramai yang makan di rumah nih kan..






KARI TELUR
Sumber : Sheila d'Dapoq

Bahan-bahan..
6 biji telur - rebus sampai matang - buang kulit - belah sedikit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 sdb cili kisar
5 sdb serbuk kari daging + sedikit air - jadi pes
2 sdk garam
1/2 sdk perasa
2 sdb kerisik
250 gm air
250 gm santan
1 batang lobak merah
8 biji baby tomato

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk sederhana besar, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Tumis pula bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun kari sehingga naik bau.
3. Masuk cili kisar dan biar sehingga cili masak.
4. Masuk pula pes serbuk kari, masak dengan api kecil sehingga naik minyak.
5. Masukkan garam, perasa dan kerisik gaul sebentar.
6. Masuk pula air dan biarkan mendidih sebentar.
7. Diikuti santan, lobak merah dan telur, gaul sebati sehingga mendidih sekali lagi.
8. Akhir sekali perasakan sekali lagi jika perlu, masukkan tomato dan tutup api.
9. Sedia dihidangkan dengan nasi putih atau pulut pilihan.



2 comments: