Assalamualaikum..
Pertama kali seumur hidup i mencuba memasak batang keladi. Ceritanya macam nih..
I balik kampung, biasalah kalau balik kampung mesti macam-macam dibawa pulang, lagi-lagi kalau kampung banyak tanan-tananam. Di kampung i ada pelbagai pokok yang mak tanam. I tengok nangka penuh atas pokok, besar-besar..buah markisa..buah mengkudu..pokok kari sampai boleh buat berteduh hahaha kann..kalau kat rumah i pokok kari nak tumbuh pun segan. Dengan pokok pisang laa..kelapa muda laa..keladi..batang kelo aduhhh..rasanya tak cukup la nak tulis hahaha..
Dalam banyak-banyak yang mak kasik..antara yang i bertolak-tolak tak mahu bawa adalah batang keladi!!!
Aduhhh..dah la tak pernah makan..apatah lagi memasaknya, jadi buat apa laa i nak bawa balik. I kata kat mak keladi tak mahu, mak kata bawa la balik..sedap nih..i jawab lagi "orang tak makan la makkkk" hahhaha..pastu kann psstt psstt suami pun sambung.."yerla mak, kitaorang tak makan nanti buang aja"
Ermmm dalam hati i macam kesian kat mak sebab kita orang tak nak bawa balik..yang suami pulak dah pandang-pandang i..aduhhhh..pastu mak kata lagi.."takpe la..kalau tak nak" sekali nkooo..mak kerat pendek-pendek campak masuk dalam bonet kahkahkahkah aduuhhh makk ooiii..suami pulak kata "bawa jugak" aduhh takpe la bangg..
Dann..
Kisahnya hari ini pagi-pagi i dah start gugel resepi..ingat nak buat asam rebus tapi ternampak asam tumis sis Azlita Aziz terus nak buat. Terima kasih sis, i kongsikan disini pula ya. Ok..i buat..sedap tak sedap i tak tahu.
Siap semua masak..i pun panggil big boss..
I : abangg nak makan..?
Bigboss : okey..
Dah siap isikan nasi kat pinggan..hidangkan air..ok makan..tapi kan bigboss tak makan tau batang keladi tu..kecik hati i huhuhu..so i tanya la..
I : abang..abang tak nak rasa batang keladi nih? Resepi ayang cari kat gugel aje (nada kecik hati campor sedih nkoo) hahaha..
Bigboss : oh! ok (sambil ambil batang keladi 1 aja dan kuah sikit.
I pun diammmm ajee..eermmm dalam hati mesti tak sedap..takpe laa..sekali nkoo bigboss kata..
Bigboss : Tambah lagi yangg..sedap laaa..
ooiiii cheq teruuihh kembangggg..i pun jawab..
I : Yeke abangg? meh meh ayang tambah lagi (sambil i sudukan batang keladi dalam pinggan suami)
Hahahah..puas hati kan bila suami kata sedap..dan kesinambungannya nasi bertambah dan kuah batang keladi habis nkoo hahahha..
sempat lagi i seloroh dengan bigboss.."tu la..mak suh bawak balik hari tu tak nak..siap tolak-tolak..kan tak cukup hehehhe"
Terima kasih makkk..saya sayang mak saya..elehh macam mak aku pandai bukak blog! hahahhaha..
Bahan-bahannya..
2 ikat batang keladi - kupas kulit - kerat sejengkal - rebus dengan asam gelugor hingga empuk - toskan
1 sdb asam jawa ADABI1 sdk garam
3 sdk gula
1/2 sdk perasa
2 cawan air
1 kiub ikan bilis
3 tangkai daun kesom
1/2 cwn ikan bilis - cuci - toskan*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci belacan*
5 sudu besar cili kisar*
1/2 inci kunyit hidup* - *satukan dan kisar lumat
Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa, kiub ikan bilis dan kacau sebati.
3. Masuk pula batang keladi yang direbus tadi.
4. Masukkan air, ikut kehendak kalau nak pekat atau cair. Kacau lagi dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun kesum.
6. Siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment