Friday, 28 November 2014

MARBLE RAINBOW

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Kek ini i dah buat 3 hari lepas. Sebenarnya sudah 2 kali customer tempah Marble Rainbow..cumanya i tidak berkesempatan untuk lihat dalam kek ini. Biasanya i akan buat dan beri terus pada customer dan tidak terfikir pun hendak minta customer tolang ambilkan gambar dalam kek.

Kebetulan kelmarin i tidak jadi ke Kuala Lumpur jadi kek pun tidaklah sampai ke tangan customer. Fikir punya fikir i pun buatlah simpanan untuk makan-makan. 

Pagi ini terdetik hati nak potong setelah 2 hari terperap dalam kotak. Bila sudah potong nampak cantik warna pelangi kek ini..(terperasan jap ahaks). yerla..kalu u kata tak cantik pun takpe hehehehe..




Bahan2..
250 gm gula kastor
1 sdb ovallete
5 biji telur A
300 gm mentega
280 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayak
30 gm gliserin
20 ml air mawar
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah

Cara2nya..
1. Pukul gula dan ovallete sehingga rata, masukkan telur, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga naik sekali ganda.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega menggunakan mixer yang sama juga (tak cuci pun tak pe) sehingga putih.
3. Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit-sedikit dan pukul sehingga sebati.
4. Tuang adunan nombor 3 ke dalam adunan nombor 1 dan terus pukul sebati.
5. Satukan gliserin dan air mawar dan tuang dalam adunan dan pukul sebati sebentar.
6. Tutup mixer, bahagikan adunan kepada 6 bahagian dimana 1 bahagian lebih kurang 170 gram.
7. Letakkan setiap pewarna pada setiap bahagian dan gaul rata.
8. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dan dioles dengan sedikit mentega.
9. Tuang secara bergilir-gilir bermula pada bahagian tengah loyang dan setiap bahagian hentak-hentakkan loyang agar adunan rata.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selama 55 minit atau sehingga masak.


4 comments: