Akhirnya dapat juga hajat i nak mem'baking'. Sejak kebelakangan ini memang i tak mampu nak buat macam-macam kek atau tempahan, kadang buat kerja rumah pun dah keletihan.
Disebabkan hari ini Awin nak balik..i gagahkan juga untuk buat sejenis kek..itu pun masak tengah hari tidak lagi. Selepas siap membancuh kek, bilang kat suami nak makan luar..tapi hampaaaa huhuhu..suami nak juga makan dirumah. Akhirnya dengan dalam keletihan kena la masak. Apa-apa pun suami wajib didahulukan walau pun kita isteri penat kan kan kan..tapi takpe..Allah beri pahala untuk kita. Syukur Alhamdulillah..
Resepi pula i jumpa di TERATAK MUTIARA KASIH cuma i tukarkan dari sukatan cawan kepada gram sebagai rujukan sendiri. Minyak juga i gantikan kepada minyak zaitun. Jika kalian inginkan sukatan cawan atau resepi asal, silakan klik link diatas ya. Terima kasih buat Sis, i kongsikan disini pula ya.
Bahan-bahan..
150 gm gula kastor5 biji telur
1 sdb ovallete
180 gm susu pekat manis
180 gm minyak zaitun
240 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdk perasa strawberry + 1 sdk pewarna pink
1 sdk perasa laici + 1 sdk pewarna ungu
1 sdk perasa vanilla + 1 sdk pewarna biru
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, pukul dengan kelajuan tinggi gula, telur dan ovallete sehingga kembang 2 kali ganda.
2. Tambahkan susu pekat manis dan pukul lagi dalam 5 minit.
3. Perlahankan kelajuan mixer, tuang minyak zaitun dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Tuang adunan tepung kepada 3 bahagian dan pukul hanya dengan kelajuan paling perlahan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan tambahkan perasa serta pewarna.
6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah di oles dengan mentega atau 'spray cooking' serta dilapikkan dengan kertas minyak dan oles sekali lagi diatas kertas minyak.
8. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan atas redai sebentar baru dikeluarkan dari loyang.
Nota : Jika kalian menggunakan 'bundt pan' yang berkualiti rendah, semasa panaskan oven masukkan bersama 'bundt pan' ke dalam oven untuk di panaskan bersama kemudian oles mentega atau 'spray cooking' pada keseluruhan 'bundt pan'. Ini supaya kek tidak melekat pada 'bundt pan' selepas bakar.
salam kak..cantik kek tu..sya pun dah berkali-kali buat..sangat suka dengan kejadian dan rasa kek..^_^
ReplyDeleteWslm wbt BB..
DeleteBetul la..kita pertama kali buat pun dh suka..