Saturday, 5 July 2014

PUDING SOYA BUAH BUAHAN

Assalamualaikum..
Manisan untuk hari ini adalah resepi dimana hampir 5 tahun i tidak membuatnya. Anak-anak memang suka, lagi-lagi jika dimakan sejuk-sejuk. Dulu masa i tinggal di USJ setiap bulan i akan membuat untuk anak-anak. Sebenarnya yang menulis nih pun suka gak hihihi. 

Sejak berpindah ke Johor, memang tak pernah buat. Memang langsung terlupa. Bila teringat kita pun belilah bahan-bahan..sekali tengok-tengok soya pula habisss..

Kebetulan semalam di AEON ada promosi air kotak soya. Beli 1 kotak RM2.50 tapi kalau beli 4 kotak, keempat-empat kotak soya berharga RM5.99..hhaiiizzz murahh kan..terus teringat lagi..i beritahu Awin, kalau tak buat jugak tak tahulah kannn..






Bahan-bahan..
1 liter air soya kotak
20 gm agar-agar tali - potong kecil
100 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 helai daun pandan
1 sdk tepung arrow root @ tepung jagung - gaul dengan sedikit air
1 pek strawberri - belah empat
3 biji kiwi - potong dadu
1 tin laici - belah dua
1/2 tin peach - potong dadu
Daun pudina - hiasan

Cara-caranya..


1. Sediakan bekas 'casserol' atau loyang yang sesuai.
2. Susun dan ratakan buah-buahan campuran dalam bekas. Ketepikan sebentar.

3. Dalam periuk besar satukan air soya, agar-agar, gula, vanilla dan daun pandan, gaul sehingga sebati dan agar-agar larut. Jika mahu rendam agar-agar terdahulu juga boleh.
4. Masukkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dan kacau sebati, biarkan mendidih sebentar dan tutup api.


5. Tapiskan adunan dan tuang dalam bekas berisi buah-buahan tadi. Tabur daun pudina.




6. Biarkan sejuk diluar kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk. Hidangkan.



4 comments: