Monday, 9 June 2014

LEMPENG

Assalamualaikum..
Menu petang semalam atas permintaan suami, katanya nak makan selepas Maghrib, jadi kita pun buatlah..
Alhamdulillah dapat juga i buat atas bantuan dari dapur CMG kita. Makasih Pak..atas kongsian ilmunya..amboiiii taip indon pulakkk kikiki. Macam biasa i buat ikut bahan-bahan yang ada.

Semalam berbagai menu yang i buat dan i updated tapi yang Lempeng ini sahaja yang dah penat nak updated..tu yang tertangguh tuh..





Bahan-bahan..
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/3 cawan santan
2 cawan susu segar
1/4 sdk garam halus
1 pokok daun bawang - hiris halus

Cara-caranya..
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam pengisar kecuali daun bawang dan kisar sehingga lumat dan halus. Tapiskan.
2. Panaskan pan tidak melekat, oles sedikit minyak, tuang satu senduk kedalam pan, golek-golekkan pan agar adunan menjadi bulat dan taburkan daun bawang.
3. Biarkan adunan masak seketika, terbalikkan dan tunggu sehingga adunan sebelahnya juga masak.
4. Angkat dan hidangkan bersama menu pilihan.



No comments:

Post a Comment