Wahhh!! mood membuat muffin pulak sekarang kan, yerla..sejak i dah tahu punca utama untuk menjadikan muffin yang montok dan membukit, i rasa tak mahu melepaskan "saspek utama" nih, mungkin ramai dah sahabat-sahabat yang sudah tahu sebelum nih..cuma setakat nih belum lagi ada yang sudi berkongsi secara mendalam.
Walau macamana pun bersyukur kerana dengan secara tidak sengaja dan secara membuta tuli telah terkeluar teknik membuat muffin yang montok begini. Alhamdulillah.
Malam ini walaupun sebenarnya penat dengan tempahan, i merajinkan diri untuk buat satu lagi jenis muffin untuk dibawa ke Kuala Lumpur esok sebagai bekalan kami sekeluarga.
Untuk yang ingin mencuba, dapatkan "saspek utama" dulu ya sis semua, jom cuba, resepi asal DISINI..
yang nih i koyakkan kemontokkan..
250 gm susu segar
90 gm butter cair @ minyak jagung
1 biji telur A
1 sdk esen vanilla
250 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk serbuk soda*
2 sdb serbuk koko* - satukan dan ayak
150 gm gula kastor
150 gm coklat chip
50 gm coklat chip - tabur
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan susu segar, butter cair, telur dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Gaul bahan-bahan kering yang telah diayak bersama gula kastor dan coklat chip.
3. Tuang adunan basah kedalam adunan kering dan gaul rata, JANGAN TERLEBIH GAUL.
5. Taburkan coklat chip sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.
7. Kelurkan dari oven dan sejukkan atas redai.
loyang muffin yg i gunakan..
papercup saiz M dan menghasilakn 18 biji muffins..
salam..
ReplyDeletememang montok mufin tu..mufin yang mewah dengan rasa coklat..nyum-nyum.
wslm wbt sis..
Deletekan sis..mmg montok..
Assalam papercup saiz M no. berapa, tqvm.
ReplyDeletewslm..maaf sis plastik pd papercup tu dh hilang..
DeleteAssalamualikum...aduhai..sedapnya......
ReplyDeletewslm wbt sis..
Deletealhmdlh sis..
Assalamualaikum....aduhaiiiiii...cantik menggunung ngan taburan chippp..terus rasa nak ngapppp je
ReplyDeletewslm wbt sis..kena cuba dulu br bule ngap sis hihi..
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi resepi muffin..nampak mudah tapi memerlukan teknik yg betul..
Saya telah beberapa kali buat muffin, masih ada yg kurang memuaskan..
wslm wbt sis..
DeletePada pendapat i, loyang muffin yg menjadikan muffin naik gebu bukan resepi sis..dr dulu i juga dah byk kali mencuba tp sering tdk memuaskan..tp kini syukur alhmdlh..
Assalam sis,
ReplyDeletewah cantik naik betul muffin sis ni!!..
oh itu loyangnya yang digunakn ..ok ok kalau naik Kl, kita nak cari jugalah..heheh..kalau tak salah satu lagi teknik kalau nak mufin naik gebu macam tu..salah satu lobang acuan mufin tu disini dengan air..mufin akan naik gebu macam tu juga..ini yang pernah kita cubalah..hehe..kaypo pulak orang tak tanya kan sis..hahaha
wslm wbt sis..
Deletelangsung x kaypo pun sis hahha..i suka..ooo letak air ya..mcm waterbath ke sis??
Hahaha bukan waterbath sis .. Tapi salah satu lubang acuan tu diisi dgn papercup yg diisi air aje. The rest lubang acuan tu isi adunan mcm biasa.. Bila dibakar nanti adunan akan naik gitu... Itu aje sis.. Hehe
ReplyDeletehahha oooo tu la..mak kompius kejap tau..
Delete