Monday, 13 May 2013

CAKE IN JAR & TAPAI CRANBERRY CAKE CLASS

Assalamualaikum semua..
Kebiasaannya i hanya mengajar untuk kek-kek 'continental' ataupun kek-kek perkahwinan, tetapi  atas permintaan, semalam i telah mengadakan kelas 'cake in jar' untuk 2 orang pelajar. Walaupun hanya bertiga termasuk i, mereka ini amat 'sporting' dan pergaulan kami sudah seperti sahabat. Kelas kali ini juga i buat santai seperti kakak mengajar adik.

Semalam mereka membuat 3 jenis kek, antaranya 2 jenis ialah 'cake in jar' iaitu rainbow dan chocolate moist dan 1 jenis adalah Tapai Cranberry Cake, dimana ini adalah resepi terbaru dari Juicy Cafe & Cakes. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dengan keizinan dariNya. Amin..




amboiii..tekunnyaaa..




ayakk jangan x ayakk ya dikkk..hihi..




tapai cranberry cake..sangat gebu..


Kepada sahabat-sahabat diluar sana yang masih ingin menyertai apa jua kelas yang dianjurkan, bolehlah menghubungi di talian 016-7614744 atau boleh juga inbox di Facebook/Juicy Cafe & Cakes.

4 comments:

  1. Assallamualaikum sis..

    Wahhh..syoknya dpt attend class dgn you sis.. Tapi kita jauh laaa.. Dan tapai cranberry cake tu, mmg inilah first time ai dgr.. Nampak cam best jer tu.. Tahniah ye sis. Semoga lebih maju jaya dlm apa yg dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      serius sis, tapai cranberry tu mmg sedap, terima kasih juga atas doanya ya sis, sama2 kita maju bersama ya insyaallah..

      Delete