ASSALAMUALAIKUM SEMUAA..
Wahhh..syiookknya, hujan-hujan petang-petang macam nih makan roti jala kan kan, lama sangat i tak buat, kisahnya..semalam i buat kari daging seperiuk..usik sikit aje, i dengan adik aje yang makan, habis tu bakinya banyak la lagi kan, itu yang anak bujang i minta buatkan roti jala, kalau tak..memang tak habis la kari daging tu, al-maklum la penghuni rumah nih dah berkurangan seorang, jadi selera makan masing-masing hilang..hihihi..
Dan kisahnya juga, kelmarin i telefon mak, mak kata tengah bikin 'roti kirai', i pulak dengan terliurnya memang nak buat..jom kita tengok bahan-bahannya..
Bahan-bahan..
1 biji telur
1 sdb minyak sapi
1 sdb minyak masak
4 sdb santan @ susu cair
1/2 sdk garam
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air masak
1 sdk pewarna kuning
Cara-caranya..
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam pengisar.
2. Kisar sehingga lumat.
3. Tuang siap-siap dalam botol roti jala berlubang 3 dan rehatkan selama 30 minit.
4. Masak atas kuali kalis melekat mengikut kreativiti masing-masing.
5. Gulungkan dan hidangkan bersama kari atau serawa.
Wednesday, 22 May 2013
Monday, 20 May 2013
BAKING CLASS
Assalamualaikum semua..
Sejak kebelakangan ini ramai yang meminta i buat jadual untuk kelas semula, kebiasaannya i tidak buat jadual tetapi i ikut permintaan dan i akan sama-sama tetapkan masa untuk setiap kelas, jadinya kepada setiap pelajar yang ingin mengikuti apa jua kelas boleh terus berbincang dengan i untuk tetapkan tarikh.
Ini pula adalah antara dua kelas atas permintaan.
Cupcake class
CHEDDAR CHEESE
NUTTY CHOCOLATE
CHOCOLATE STRAWBERRY
ORANGE PULPY
Tarikh : 25hb May 2013
Jam : 11:00 pagi - 6:00 petang
Tempat : Bandar Putra Kulaijaya, Johor
Yuran : RM150.00 - seorang (hanya 6 orang)
Creamless Cake
TAPAI CRANBERRY
GULA HANGUS
PECAN BUTTER
KEK BUAH
Tarikh : 1hb June 2013
Jam : 11:00 pagi - 6:00 petang
Tempat : Bandar Putra Kulaijaya, Johor
Yuran : RM150.00 seorang (hanya 4 orang)
Kepada yang berminat untuk menyertai kelas-kelas ini, boleh hubungi di talian 016-7614744 atau PM/inbox di DISINI untuk tetapkan tempat ya. Sekian, Terima kasih.
Monday, 13 May 2013
CAKE IN JAR & TAPAI CRANBERRY CAKE CLASS
Assalamualaikum semua..
Kebiasaannya i hanya mengajar untuk kek-kek 'continental' ataupun kek-kek perkahwinan, tetapi atas permintaan, semalam i telah mengadakan kelas 'cake in jar' untuk 2 orang pelajar. Walaupun hanya bertiga termasuk i, mereka ini amat 'sporting' dan pergaulan kami sudah seperti sahabat. Kelas kali ini juga i buat santai seperti kakak mengajar adik.
Semalam mereka membuat 3 jenis kek, antaranya 2 jenis ialah 'cake in jar' iaitu rainbow dan chocolate moist dan 1 jenis adalah Tapai Cranberry Cake, dimana ini adalah resepi terbaru dari Juicy Cafe & Cakes. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dengan keizinan dariNya. Amin..
Kepada sahabat-sahabat diluar sana yang masih ingin menyertai apa jua kelas yang dianjurkan, bolehlah menghubungi di talian 016-7614744 atau boleh juga inbox di Facebook/Juicy Cafe & Cakes.
Kebiasaannya i hanya mengajar untuk kek-kek 'continental' ataupun kek-kek perkahwinan, tetapi atas permintaan, semalam i telah mengadakan kelas 'cake in jar' untuk 2 orang pelajar. Walaupun hanya bertiga termasuk i, mereka ini amat 'sporting' dan pergaulan kami sudah seperti sahabat. Kelas kali ini juga i buat santai seperti kakak mengajar adik.
Semalam mereka membuat 3 jenis kek, antaranya 2 jenis ialah 'cake in jar' iaitu rainbow dan chocolate moist dan 1 jenis adalah Tapai Cranberry Cake, dimana ini adalah resepi terbaru dari Juicy Cafe & Cakes. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dengan keizinan dariNya. Amin..
amboiii..tekunnyaaa..
ayakk jangan x ayakk ya dikkk..hihi..
tapai cranberry cake..sangat gebu..
Sunday, 12 May 2013
TAPAI CRANBERRY CAKE
ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT-SAHABATKU..
Semua sihat ke? Harap semuanya sihat ya, lamanyaaaa i tak ke udara, memang sibuat sangat sejak Awin takde nih, yerla semua kerja i kena buat, dengan tanggungjawab untuk keluarga lagi..dengan tanggungjawab untuk pelanggan lagi, mana tak terkejar-kejar dibuatnya, itupun masih lagi ada yang tertunggak munggak..apa-apa pun sebagai pembantu ketua keluarga kena la buat sebaik mungkin ikut mana yang mampu kan kan kan..hihi..
Ok la..i nak beritahu pasal kek nih..
FUULAAMAAKKKKKK!! nama kek memang 'omputeh' habis..yang nama awal tu jer yang very the kampung hahaha, kampung tak kampung laaa, sekali masuk mulut tak berkelip-kelip mata mengunyahnya..jangan tak percaya, memang wajib mencubanya dan sesuai sangat bagi mereka-mereka yang memang peminat tapai, sekali dah makan memang tak boleh berhenti, lagi-lagi kalau u all makan masa suam-suam atau panas-panas.., pastu masa u all bakar kek nih, satu rumah berbau wanggggiiiiiii jer tau..jiran dua tiga langkah rumah pun boleh hidu tauu..hahahha yeke?? agak-agak la kannn..
Resepi i perolehi dari sahabat FB yang berasal dari Bandar Lampung, Indonesia iaitu mbak WINDA FRAMESWARI dan terima kasih juga kepada PAK SAHAK PRIBADI - "makasih win atas perkongsian resepnya, emang lembut banget win, kelu lidah aq memakannya win xixixi, moga win terus dilimpahi rejeki yah". Kepada sahabat-sahabat jom kita lihat resepinya.
memang gebu dan lembut..
Bahan-bahan..
10 telur kuning
6 putih telur
250 gm gula kastor
1 sdb ovallete
250 gm tepung gandum*
20 gm tepung jagung*
1 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
500 gm tapai ubi kayu - buang serat*
4 sdb susu pekat* - satukan dan gaul sebati sehingga tapai hancur
250 gm butter - dicairkan
50 gm minyak jagung
150 gm cranberry - gaul bersama 1 sdb tepung gandum
Cara-caranya..
1. Satukan telur kuning, telur putih dan ovalette dalam mixer, pukul sehingga kembang berganda dan bertukar warna menjadi putih.
2. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
3. Masuk pula adunan tapai bersama susu sedikit-sedikit dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan butter yang telah dicairkan bersama minyak jagung dan pukul sehingga rata dan sebati.
5. Akhir sekali masukkan kranberi dan gaul dengan spatula.
6. Tuang dalam 'bundt pan' bersaiz 9 inci yang telah di sapu butter.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40-50 minit.
8. Keluarkan dari oven, sejukkan atas redai.
9. Ayak gula aising diatas kek, siap dihidangkan.