Wednesday, 9 January 2013

MASAK LEMAK PUCUK UBI BERDAGING

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat dan salam sejahtera bagi yang lainnya.

Hari ini masuk minggu kedua anak-anak kita bersekolah kan..rasanya masa berlalu dengan pantas sekali dan pejam celik pejam celik nanti bulan Februari cuti lagi..bulan March cuti lagi, sekarang nih masa berlalu dengan cepat.

Pagi tadi adik meragam sikit, katanya masih mengantuk dan tak mahu kesekolah, yerla uu..anak i bangun jam 5.30 pagi, van sekolahnya akan ambil antara jam 6 - 6.10 minit pagi, jadi adik mesti bersiap sedia sebelum jam 6 pagi, alahaiii kesian sungguh kami dengan adik tapi apa boleh buat. Jenuh juga i memujuk adik tadi, akhirnya dengan bermacam pujukan adik bangun juga, macam biasa i kena dukung dan bawak adik ke bilik air dan mandikannya. Kecil lagi boleh la manja-manja kannn..kalau dah besar macam abangnya yang dah tingkatan 5 tuu..mandilah sendiriii..manyak cantik dah besar gedabak nak mama mandikan hahahha..

Jadi, antara menu tengahari ini buat anak-anak ialah 'masak lemak pucuk ubi berdaging'. Sebenarnya i nak masak lemak daging tapi i tengok pucuk ubi lebih banyak dari daging jadi i tukarkan nama menu nih kikiki..gasakkk.., pucuk ubi juga i tak biasa makan, seumur hidup adalah 3 4 kali i makan..jadi hari ini i cuba memasak sendiri. Mohon maaf jika ada yang tersilap didalam cara pembuatan menu ini ya.

Resepi ini i ikut cara-cara seperti memasak lemak yang kebiasaan yang i masak ok. Jom tengok.




Bahan-bahan..
1 kg daging - hiris dan rebus sehingga empuk
1 ikat pucuk ubi - ambil daunnya - rebus - toskan - carik-carikkan
300 ml santan KARA
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga kantan - belah dua
2 keping asam gelugor - cuci bersih
Garam, gula dan perasa

Bahan-bahan kisar..
10 biji cili api hijau
10 biji cili api merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 cm lengkuas
1/2 cawan air

Cara-caranya..
1. Setelah daging sudah empuk (jangan buang air rebusan), masukkan santan, serai, bunga kantan dan bahan-bahan kisar. Biar sehingga mendidih sambil dikacau tanpa henti supaya tidak pecah minyak.
2. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat dan masukkan pula pucuk ubi, asam gelugor, garam, gula dan perasakan sehingga sebati.
3. Renehkan dengan api kecil selama 10 minit atau sehingga santan masak.
4. Siap dihidangkan bersama nasi putih dan menu yang lain-lainnya.


6 comments:

  1. salam dear,
    kalau kasi kt akk nie..laju jew akk ratah..he hehe fav akk nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      lg pedas lg sedap kan sis..

      Delete
  2. Salam Kak Su...
    kita memang suka sangat makan pucuk ubi masak lemak...slalu guna ikan atau pun udang kering atau pun ayam...tapi kali ni memang spesial sangat la bab dimasak dengan daging...suka banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      yerla sis..kite pun 1st time buat hihi..bule tahan sedap..

      Delete
  3. Assalam Jue,
    aduhai dah lama tak masak pucuk ubi..
    satu kombinasi yang sangat ngam, daging & pucuk ubi..aduh duh kecur kita tau!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      aduh2 kite pun kecur semula..hihi..

      Delete