Wah wah wahhh 'western' hari ini yaa..sebenarnya 2 hari ini en. suami 'outstation'..itu yang i boleh masak pelbagai menu berdaging, en. suami tidak boleh makan sangat, jadi kalau i masak masa en. suami ada, kesian pulak kat dia kann..
I tak pasti apa rasanya sebab pertama kali mencuba cara seperti ini..resepi sos 'black pepper' i pelbagaikan dari macam-macam bahan..idea dari SINI dan SINI dan i tambah-tambahkan ikut perasaan i hehehe..al-maklum la puasa kann..dan resepi untuk coleslaw pula idea dari SINI cuma i gantikan dari buttermilk ke yogurt..jom tengok bawah lagi..
4 keping australian lamb - cuci bersih
4 sdb lada hitam - ditumbuk
2 sdk garam halus
2 sdb minyak zaitun
Cara2nya..
1. Taburkan bahan2 perap pada keseluruh daging, ratakan dan perap selama 1 jam.
2. Masakkan dalam 'pan' panggang sehingga daging masak.
i guna 'pan' macam ni lerr..
Bahan2 sos..
3 sdb minyak zaitun
2 biji bawang holland*
3 ulas bawang putih* - *potong dadu
2 sdb tepung gandum
3 sdb lada hitam - ditumbuk
2 cawan air panas
1 kiub lembu
1/2 cawan uht whipping cream
2 sdb sos worcestershire
3 sdb kicap pekat
1 sdk cuka epal
1/2 sdk jus lemon
3 sdb butter
Cara2nya..
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan2 yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata bersama lada hitam.
3. Tuang air panas, kiub lembu, uht whipping cream dan biar adunan mendidih sebentar.
4. Tambahkan sos worcestershire, kicap pekat, cuka epal dan jus lemon, gaul sebati dan biarkan mereneh.
5. Akhir sekali tambahkan butter dan gaul sehingga butter cair, renehkan lagi dalam 8 minit.
6. Angkat dan tuangkan keatas daging.
7. Hias bersama brokoli, coleslaw, jagung rebus dan tomato panggang.
selepas merasai semasa berbuka tadi,
sos ini akan jadi sos untuk resepi western kami sekeluarga akan datang.
Bahan2 coleslaw..
200 gm kobis putih dan ungu - hiris halus
100 gm lobak merah - sagat halus
20 gm gula kastor
1/2 sdk lada sulah
20 gm susu segar
80 gm mayonis
30 gm yogurt
1 sdk cuka epal
1/2 sdk jus lemon
Cara2nya..
1. Satukan kobis putih, kobis ungu dan lobak dalam bekas besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan selebihnya dan gaul sehingga semua bahan sebati.
3. Tuang ke dalam bekas sayuran dan gaul sebati.
4. Tutup dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.
5. Keluarkan dan hidangkan.
coleslaw pun boleh tahan..i suka..
Bahan2 lain..
10 potongan brokoli*
1 batang jagung - potong 3* - *cuci bersih - rebus bersama sedikit garam - toskan - jagung sapu butter
10 biji baby tomato - panggang
sedapnya kak..ni kalau hidang kat saya pasti tak tolak..hehehhe
ReplyDeletealhmdlhh q..sedap dan kena dgn selera kami..
Delete