Friday, 20 July 2012

RAINBOW DOUGHNUTS

Assalamualaikumm..
Donut pelangi, tajuk atas bukan main lagi 'omputeh'nya kan hehe..permintaan dari adik..katanya "mamaa..adik nak donut..tapi adik nak donut pelangi" huhuhu, mula-mula terfikir juga, macam mana ya nak buat, i pergi la rumah2 minah2 saleh..jumpa pun tapi tak ada cara2nya, so Awin anak gadis i kata.."mama..buat macam nih mama..macam nih mama" haa macam nih macam nih tu, Awin sedang beritahulah cara2nya..x caya jom tengok idea dari Awin..resepi di adaptasi dari sahabat FB, PUAN NORMA AZUWA ZAKARIA..terima kasih fren..tapi maaf i ada memandai2 tambah dan tukar hehehe..


anak2 memang suka gula aja, kalau letak coklat atau yang lain2 memang tak makan..




Alhamdulillah menjadiii..terima kasih atas doa sahabat2 semua..memang gebu..


adikk memang sukakan donuttt..

Bahan2..
200 gm air sejuk
500 gm tepung roti
11 gm yis kering
2 sdb gula kastor
50 gm butter
1 sdb shortening
2 sdb susu pekat
1 sdk bread softener
1 biji telur
1 sdk pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Cara2nya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Tuang air sejuk dalam loyang 'breadmaker', diikuti bahan2 yang lainnya kecuali pewarna.
2. Masukkan loyang dalam mesin, tekan 'setting dough' selama 15 minit, tunggu sehingga selesai.


3. Keluarkan doh dari loyang, bahagikan kepada 6 bahagian sebanyak 154 gram setiap satu.
4. Tambahkan pewarna pada setiap bahagian doh dan uli sebati. (tak sebati pun takpe ya).


5. Canaikan doh warna ungu sehingga leper. Ketepikan. 
6. Canaikan pula doh warna biru kemudian tindihkan pada doh warna ungu tadi, diikuti juga dengan doh2 yang lain, canai dan tindihkan.




7. Gelek doh2 yang bertindih td sehingga nipis, kemudian gulungkan biar ketat.








8. Potong doh dengan menggunakan pisau yang tajam selebar 1 inci, terapkan dengan acuan donut dan susun atas loyang, buat sehingga habis dan biarkan donut naik sekali ganda.


9. Panaskan minyak dalam kuali, goreng donut dengan api sederhana sehingga masak, toskan dan bolehlah digaul dengan gula halus.


cantik jugak kan sis..hehehe..perasan kan..


yang ini adalah baki2 doh yang telah diterap, 
boleh satukan dan jadikan donut, 
tapi warna tak cantik macam yang atas tu..huhuhu..

29 comments:

  1. wahh...1st time tgk donut pelangi... nanti nak cubalah...budak2 mesti suka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerla sis..i pun 1st time buat, anak2 mmg suka yg colourful kan..

      Delete
  2. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn..sama2 ya sis sofea, selamat menyambut ramadhan juga yaa..

      Delete
  3. tahniah di atas kekretifan shu!
    slmt berpuasa shu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis ummiaisyah..slmt berpuasa juga ya..

      Delete
  4. Aduh kreatif nya, ini yg membuatkan jiwa kacau ni. Selamat menyambut Ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh sis..sis pun lagi bule buat tauu..salam ramadhan juga ya sis..

      Delete
  5. memg cantik n terbaik...suka dengan warna2nya..mohon share ya sahabt..tk n slm ramadan al-mubarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis rahayu..silakan share ya dan salam ramadhan juga..

      Delete
  6. menarik dan tertarik tgk donut ni..:) selamat berpuasa buat JC sekeluarga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis nieza..selamat berpuasa juga buat sis dan keluarga ya..

      Delete
  7. Wah..very d colourful.... Salam Ramadhan & selamat berpuasa buat Kak Shu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan buat sis ogyep juga yaa n slmt berpuasaaa..

      Delete
  8. ooo macam tu caranya..t.kasih kongsi... selamat berpuasa ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis ilahjy, sama2 kembali ya n selamat berpuasa juga..

      Delete
  9. woww cantek banget! salam ramadhan wat JC sekeluarga ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh ya sis inahar..salam ramadhan juga buat sis dan keluarga..

      Delete
  10. salam sis,
    tak pernah mkn donut pelangi....klu ada jual ptg nie kat bazar ramadan nak beli sis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis mashitah..
      cuba la buat, rasa sama aje dgn donut biasa sis heheh..cuba carik kat bazar ya..

      Delete
  11. wah..idea baru nie...cantik sangat..mesti anak2 suka...tq kak JC kerana menayangkan kaedah baru nie..nanti saya nak cubala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis leen..nti cuba yaa..sama2 kembali..

      Delete
  12. Kalau letak tepung gandum boleh kan
    Sebab takda tepung roti 😊

    ReplyDelete