Wednesday, 18 April 2012

CHOCOLATE CHIPS BISCUITS

Assalamualaikum semuaa..
Kelmarin kawan FB i KAKLONG LYN tayang biskut dia..i tengokkk eeee gerammm jerr tauu..rasanya macam nak tonyoh2 aje lappy i nih hahhaha..agak2 la kan..tapi i tengoknya pun dah malam..so tak kan i nak buat malam kot kan..amboiii rajin sangat la tu..so semalam baru i buat tapi macam biasa la i ada buat penambahan sedikit..sori ya kaklong lyn..biasa laa kadang2 ada barang yang ada dalam simpanan, kadang2 takde kan..so i guna la mane2 yang mencukupii hehhe..apa2 pun terima kasih ya kaklong lyn atas kesudian berkongsi resepi nih..memang tidak di nafikan sedappp sangat2..rugi kalu u all tak cuba tauu..jom tengok..


memangg sedappp..


penuh dengan coklat, buah kering dan kekacang..

Bahan2..
1 cawan butter
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk coklat emulco
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
1 sdk soda bikabonat*
1 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
2 1/2 cawan oat - kisar halus
1 cawan blueberry kering
1 cawan coklat chip
1/2 cawan hazelnut*
1/2 cawan almond* - *dicincang
1 cawan coklat compound - disagat kasar

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter, gula castor dan gula perang sehingga gebu dan sebati.
2. Masukkan telur sedikit2 sambil terus pukul lagi bersama esen vanilla dan coklat emulco.
3. Tambahkan adunan yang di ayak sedikit2 bersama oat dan gaul sebati dengan spatula.
4. Masuk pula blueberry kering, coklat chip, hazelnut, almond dan gaul rata.
5. Akhir sekali tambahkn coklat compound yang disagat, gaul perlahan.
6. Gunakan loyang besar dan sapu butter sedikit.
7. Ambil sebanyak 30 gm, bulat2kan, leperkan dan susun diatas loyang. Buat sehingga selesai.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Keluarkan daro oven dan sejukkan atas redai.


ikuti cara2 nombor 1 & 2..


nombor 3..


nombor 4..yang nih i takde stok chocolate chip hitam so i guna leerr chocolate chip pink hehhehe..


nombor 4..


nombor 5..


gaul rataaaa..


sebelum dibakar..
yang nih i buat setiap 1 biji 30 gm memang besar laa..dapat leerr dalam 50 biji..
kalu u all nak kecil buat la 20 gm ke yaa..
pastu susun mesti jarakkan sebab nanti dia akan kembang 2 kali ganda..


selepas dibakar..


jeng jengggg..dah bule makannn..

4 comments:

  1. uisshhhh..sedapnya...anak2 kite suke nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuiisshhh sis..jgn kata anak2 kite sike..dengan kite kite pun suke hehhe..

      Delete
  2. rangup mcm famous amos tak kukis ni?

    ReplyDelete