Saturday, 14 April 2012

BLACK & WHITE CHOCOLATE CHEESECAKE

As-salammm sahabatt2..
Nih i 'enteprame' cheesecake yang anak dara (awin) buat tadi..x larat nak citer banyak2 sebab dari pagi tadi i selsemaa sampai sekarang huhuhu..asyik haccuummm haacummmm jeeww..mata pun macam dah bengkak2 nih..tapi i tak puas hati hasil kerja awin nih, banyak yang comot, walaupun macam tu awin tetap angguk2kan kepala tanda setuju, takpe ya sayangg, nanti cuba kemaskan sana sini..jom tengok resepi dari CHEF KEVIN CHAI..


Bahan2 base..
200 gm biskut marie - kisar halus
80 gm butter - cairkan

Bahan2 cheese..
400 gm cream cheese
70 gm gula castor
2 biji telur
150 ml uht whipping cream
100 gm dark coklat - cairkan
100 gm coklat putih - cairkan

Cara2nya..
1. Satukan bahan2 base, gaul rata, tuang dalam loyang sringfoam saiz 8 inci dan tekan2kan biar rata, sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati dan lembut.
3. Masukkan telur sedikit2 dan pukul lagi biar sebati.
4. Tuang uht whipping cream, pukul lagi.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tambahkan dark coklat ke dalam 1 bahagian, gaul rata.
6. Tuang dalam loyang yeng tersedia base tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 170C selama 20 minit.
7. Tuang coklat putih ke dalam adunan 1 bahagian lagi, gaul rata.
8. Keluarkan kek adunan coklat dari oven, tuang adunan putih dengan perlahan diatas adunan coklat.
9. Bakar semula dengan suhu yang sama selama 20 minit atau sehingga masak.
10. Biarkan kek sejuk didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit. Kek akan turun sedikit, jangan risau. Tekstur di tengah2 kek memang lembut, jangan potong lagi.
11. Sejukkan cheesecake dalam peti sejuk semalaman, baru dipotong untuk dihidangkan.


lihat cara2 nombor 8..


huhuhuhu napeee comott sayangggg..perbaiki lagi yaaa..takmo comot2..


resepi asal dalam buku nih..

14 comments:

  1. Nampak sedap... slrruupp....meleleh air liur hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap sis geez..br lepas makan hehehe..

      Delete
  2. salam kak, sy nak tanye, utk coklat die akak selalu gune brand ape ye? cantik dan menyelerakan sungguh kek hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      kalu dark coklat biasanya i gunakan jenama tulip atau beryls..

      Delete
  3. Salam.. bakar guna api bawah je ke api bwh+ats?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      biasanya i gunakan api atas bawah ya..

      Delete
  4. Salam sis... kalau pakai castor sugar nnti creamcheese tu xde rasa ketul2 gula ke ye... ke kena pakai icing sugar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      boleh sis..sbb adunan ini ada telur jd nti gula akan larut, kalu sis nk guna gula aising juga bule tp lebihkan sukatan ya..

      Delete
  5. salam kak . bakar cheecake ni tak perlu guna teknik bain marie ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..
      utk kek ini x perlu bain marie tp kalu guna kaedah bain marie pun bule ya..

      Delete
  6. Salam sis...sy dh buat mmg sedap sgt...tp kenapa kek saya padat sgt n bila dh sejuk yg tgh turun byk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt.
      Mungkin masa pembakaran yg x cukup dgn suhu sbb oven msg2 mmg x sama..

      Delete
  7. Salam sis...sy dh buat mmg sedap sgt...tp kenapa kek saya padat sgt n bila dh sejuk yg tgh turun byk sgt

    ReplyDelete
  8. Salam sis...sy dh buat mmg sedap sgt...tp kenapa kek saya padat sgt n bila dh sejuk yg tgh turun byk sgt

    ReplyDelete