Friday, 25 November 2011

DOMOKUN COOKIES

Assalamualaikummm semuaa..adooooiiiii arini rasenya penatttt sangat2 sis..dari pagi sampai sekarang nih x siap2 kerja..xtau la kerja apenyaa hahahha..pagi td g anta kek kt customer..pastu terussss g pasar beli lauk2 basah, dengan kereta ekon problemnya..adoooiiii berpoloh2 den dlm keta tu haaa..lepas g pasar trus balik rumah, anak2 mintak buatkan asam laksa, ok dah siap asam laksa, terus keluar pegi kedai bakery nak amek 'edible image' utk kak sarina n anak2 lelaki i..dah selesai kt kedai bakery truuuuusss balik rumah, aarrgghhhh dapat la rehat cket, pastu boringgg x buat ape..addooiiiii..tangan gatal tu yg buat cookies nih haaa..amacam ok x hehehhe..dalam masa buat cookies nih kak sarina dtg rumah pastu lepak2 bersama sambil buat cookies nih..dapat la kak sarina bawak balik cket..bole tahan sedap cookies nih n cuteee hehheeh, sape2 nk cube bule cuba ya..jom tgk resepinya..


sesuai buat anak2..


hahahhhhaa..

Bahan2 A..
200 gm butter
120 gm gula aising
100 gm santan kotak

Bahan2 B..
240 gm tepung red rose
160 gm tepung kentang
60 gm tepung beras

Bahan2 C..
1/2 sdk pewarna merah
4 sdb serbuk coklat
Coklat chip secukupnya

Bahan2 D..
10 gm putih telur*
70 gm gula aising*
1 sdb tepung jagung* - *pukul sehingga kental dan masukkan dalam piping beg dengan nozel no. 2

Cara2nya..
1. Satukan bahan2 A dan gaul sebati.
2. Tambahkan sedikit2 bahan2 B ke dalam bahan2 A dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Ambil adunan sebanyak 40 gm dan gaul bersama pewarna merah dan ketepikan sebentar.
4. Tambahkan serbuk coklat ke dalam adunan selebihnya, gaul dan uli sehingga sebati.
5. Ambil adunan coklat sebanyak 10 gm, buat corak segiempat panjang.
6. Buatkan garisan di bawah petak untuk di jadikan kaki.
7. Ambil sedikit adunan warna merah, leperkan sedikit dan letak di tengah2 badan, lihat gambar.
8. Ambil pula coklat chip dan buatkan matanya.
9. Ambil sedikit adunan warna coklat dan buat untuk tangannya, buat sehingga selesai.
10. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dgn suhu 130C selama 35 minit.
11. Terus pipekan aising yang telah siap tadi untuk di jadikan gigi domokun.
12. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.


jangan ketawa tau!! apa2 yg u all nampak x elok abaikan aja ya hahahha..


6 comments:

  1. mayangsayang..a'aa cute jerkan, cuba laa..

    ReplyDelete
  2. Hahhha so chumel la gaya akak pon chomel hehehe..so bahan d tu la royal icing kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki..betul2 sis mama, bahan d adalah royal aising ya..

      Delete