Followers

Friday, 27 April 2012

STRAWBERRY SPONGE CAKE

As-salam sahabatt semuanyaa..
Tempahan hari ini semuanya nak berasaskan strawberry, tempahan dari my ustazah untuk anaknya MUJAHID berusia 12 tahun, selamat ulangtahun mujahid, semoga menjadi anak yang soleh aminn..sebenarnya i pun tak pernah buat kek span strawberry nih, selalunya vanilla atau coklat aje..dalam masa yang sama design "basket wave" tu pun i tak pernah buat hehehhe, hari ini tetiba pulak kan nak buat segala macam yang tak pernah buat sebelum nih, bagus jugak kan dan alhamdulillah menjadi semuanyaa aminnn, resepi kek nih macam biasa i gunakan untuk kek2 span yang pernah i buat sebelum ini cuma i tambahkan strawberry emulco dan pewarna sikit..


basket wavee..


selamat ulangtahun adik MUJAHID..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima@sponge mix
4 biji telur A
50 gm susu segar
1 sdb strawberry emulco
1/2 sdb pewarna pink
80 gm butter - cairkan @ minyak

Bahan buttercream..
300 gm krimwell
100 gm shortening
50 gm butter
150 gm gula aising - ayakkan
1 sdk strawberry emulco
1 sdk pewarna pink

Cara2 buttercream..
1. Pukul krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
2. Tambahkan gula aising dan terus pukul lagi selama 10 minit.
3. Tuangkan strawberry emulco dan pewarna dan pukul bagi rata.

Cara2nya kek..



1. Menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi, pukul tepung, telur dan susu selama 10 minit.


2. Masukkan strawberry emulco dan pewarna, pukul lagi sehingga rata.


3. Tuang butter cair, pukul dengan kelajuan perlahan cukup sehingga sebati dan rata sahaja.

4. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit, keluarkan dan sejukkan atas redai.
6. Potong kek kepada 3 lapisan, letak 1 keping lapisan di atas papan kek.


7. Sapu buttercream pada kek dan tindihkan kek lapisan kedua, sapu lagi buttercream sehingga lapisan ketiga dan sapu buttercream pada keseluruhan kek.


8. Boleh hias ikut citarasa masing2 atau ikut cara "basket wave" dibawah dan hias dengan strawberry segar.



i gunakan nozel nombor 48..


ok la kann..