Followers

Tuesday 8 September 2015

KEK PISANG dahhh viralll..

Assalamualaikum..
Kek Pisang tiba-tiba menjadi viral. Ini semua kerana Sis Duyung Lalink kita tu kan..dialah menjadi saspek utama dalam kek pisang viral nih hahahha..jangan pengsan atau saket dada kay lalinkk mucukkk..makaseh kerana meng'viral'kan KEK PISANG..hahaha..

Ramai dah mencuba tetapi tak pasti sama ada resepi yang sama dengan lalink atau resepi yang berbeda. Besar kemungkinan berbeda sebab rata-rata i lihat resepi yang dikongsikan itu adalah dari pelbagai blogger..tapi takpe..selera masing-masing kan berlainan..tak sama pun tak pe..

Resepi ini pula i dapat dari rumah Sis Azlita Aziz kita. Izinkan i berkongsi disini pula ya sis. Terima kasih. I ada buat tambahan isi pisang dan setelah dilecek i perapkan semamlam seperti yang pernah i belajar sebelum ini. I juga telah ubahkan ke sukatan gram. I lebih suka dengan sukatan gram berbanding sukatan cawan, kalau guna sukatan cawan, kena guna 2 ke 3 jenis sukatan cawan mengikut resepi, berbanding dengan gram hanya menggunakan 1 bekas sahaja untuk pelbagai sukatan.




KEK PISANG

Bahan-bahan..
350 gm pisang*
1 sdk serbuk soda*
1 sdk perasa pisang* - satukan dan lecekkan - perap semalaman
4 biji telur A
220 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 sdk ovalette
150 gm mentega - dicairkan dan disejukkan suhu bilik
300 gm tepung gandum**
1 sdk serbuk penaik** - **satukan dan ayak
3 biji pisang - belah 2 memanjang - hiasan

Cara-caranya..
1. Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman.
2. Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, perasa vanila dan ovalette, pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
3. Masukkan mentega cair dan pukul sebati.
4. Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata.
5. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sahaja.
6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking', lapik kertas minyak dan oles sedikit lagi.
7. Susun pisang yang dibelah 2.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 - 60 minit atau sehingga keperang-perangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.