Followers

Sunday 26 April 2015

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..
Lama sudah i bercita-cita nak buat biskut berbentuk Pretzel nih..dan acuannya kalau tak silap i sudah beli hampir 2 tahun. Selalu tidak ada masa yang sesuai dan selalu terlupa. Hari ini dapat juga buat walau pun dalam adunan yang kecil. 

Kebetulan kat rumah nih pun tak buat apa-apa..daripada membongkang baiklah kita baking-baking yer takkk..resepinya i ada buat penambahan dan penolakan dalam sukatan..biasa laa kannn..hihihi..jom tengok..








BUTTER COOKIES
Sumber : Sassy Haven  & Victoria Bakes

Bahan-bahan..
80 gm mentega GOLDEN CHURN
50 gm gula kastor
1 kuning telur
1/2 sdk perasa vanila
150 gm tepung kek*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayakkan
1 putih telur
Gula merah kasar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega dan gula kastor, pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan perasa vanila dan pukul lagi biar sebati.
3. Masukkan adunan tepung, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Uli bulat supaya sebati dan menjadi doh.
5. Masukkan dalam plastik lutsinar, gelek doh sehingga menjadi kurang lebih ketebalannya 5 mm dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Keluarkan doh. Tekap dengan acuan yang sesuai. Susun atas loyang dan buat sehingga habis.
7. Sapukan telur putih atas bahagian biskut dan taburkan gula merah kasar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15-18 minit.
9. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota :
- Boleh juga tambah setitis pewarna kuning jika suka.
- Sejukkan semula jika doh menjadi lembut.
- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 23 keping biskut.






Wednesday 22 April 2015

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan menu yang menggunakan daun pisang dan hari ini i buat Tepung Pelita. Dari semalam lagi i sudah siapkan kelongsongnya. Jadi pagi-pagi tadi baru buat.

Dulu, i pernah buat sekali tapi tak menjadi..mungkin terlebih kukus kot tu yang jadi berterabur hahaha..dan Alhamdulillah hari ini buat jadi la kot..kannn..boleh lah dari langsung tak pernah buat..

Resepi pula i rujuk dari Blogger RESEPIBDARIAH dan terima kasih sis atas perkongsian resepinya. Izinkan i kongsi disini pula ya. Cara-cara kelongsong pula i rujuk dari Google juga tapi cari-cari tadi nama Blogger dah tak jumpa pulak..maaf sangat-sangat..terima kasih ya sudi berkongsi..






TEPUNG PELITA

Bahan lapisan bawah..
110 gm tepung beras
50 gm gula kastor
1100 gm air
7 helai daun pandan - kisar dengan sedikit air diatas - tapis - ambil jusnya
1/2 sdk pewarna hijau
1/2 sdk air kapur
Gula secukupnya - tabur dalam kelongsong

Bahan lapisan atas..
600 gm santan KARA
300 gm air
4 sdb tepung beras
1 sdk garam

Cara-caranya..
1. Sediakan dan susun kelongsong rapat-rapat dalam loyang dan panaskan periuk kukusan.
2. Isikan 1 sudu kecil dalam setiap kelongsong.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah dan kacau dengan whisk sehingga tidak berbintil.
4. Tapis dan tuang dalam periuk, masak sehingga naik wap atau sedikit kental.


5. Skop adunan bawah dan tuang dalam kelongsong separuh penuh. Buat sehingga selesai.

6. Kukus selama 20 minit.
7. Sementara itu, sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan juga kesemua bahan-bahan lapisan atas, gaul sebati.
9. Tapis, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
10. Skop dantuang atas lapisan bawah sehingga penuh.
11. Kukus lagi dalam 8 minit.
12. Angkat dan sejukkan.






Nota :-
- Daun pisang bersaiz 15 x 10 cm atau ikut ukuran kotak mancis.
- 1 adunan menghasilkan kurang lebih 35 - 40 kelongsong.
- Sebaik-baiknya gunakan pencukil gigi berbanding stapler.
- Siap kelongsong, gunting jika ada daun pisang berlebihan.

Tuesday 21 April 2015

PULUT KUNING

Assalamualaikum..
Pagi ini i buat Pulut Kuning. Ini semua kerana daun pisang hehehe..iya..jika kita kukus dengan menggunakan daun pisang baunya memang sangat harum. Dalam masa yang sama baki rendang tempoh hari masih ada lagi memang kenalah dengan pulut kannn..

Resepi i rujuk dari rumah MAT GEBU, akan tetapi ada i buat penambahan dan penolakan mengikut keperluan yang ada. Terima kasih pada Cik Mat Gebu kita ya..







PULUT KUNING
Sumber : MAT GEBU

Bahan-bahan..
800 gm beras pulut*
1 keping asam gelugor*
1 sdb serbuk kunyit*
Air secukupnya* - *satukan kesemua bahan dan rendam semalaman
2 helai daun pandai - simpulkan
400 gm santan KARA
50 gm air
2 sdk garam
1 sdb minyak zaitun
Daun pandan secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Cuci bersih beras pulut, buang asam gelugor dan toskan.
3. Lapik kukusan dengan daun pisang, isikan beras pulut bersama daun pandan dan kukus selama 10 minit.
4. Satukan santan, air, garam dan minyak. Panaskan atas dapur dengan api kecil. Cukup sekadar panas sahaja dan tak perlu mendidih.
5. Keluarkan pulut dan isikan dalam loyang yang dilapik daun pisang.
6. Tuang sedikit demi sedikit santan yang dipanaskan tadi dan gaul sebati pada keseluruhan pulut.
7. Masukkan dalam periuk kukusan dan kukus lagi selama 20 minit sambil digaul pada minit ke 10.
8. Angkat dan siap dihidangkan bersama rendang pilihan.





LEPAT PISANG

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Kalian sudah sarapan..? I sarapan awal pagi nih sebabnya Lepat Pisang nih sudah dibuat dari malam tadi. Tempoh hari masa balik kampung, dapatlah bawa balik daun pisang dan kebetulan dirumah ada pula pisang tandung..maka jadilah lepat pisang. Pertama kali tau i buat. Penghuni rumah semua suka. Alhamdulillah..





LEPAT PISANG
Sumber : MAT GEBU

Bahan-bahan..
700 gm pisang - lecekkan
70 gm gula merah
100 gm kelapa parut putih
Secubit garam*
3/4 sdk serbuk penaik*
150 gm tepung gandum* - *satukan dan ayak
17 keping daun pisang berukuran 15 x 15 cm
*100 gm kelapa putih + secubit garam - gaulkan - inti

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan pisang yang telah dilecek hancur bersama gula merah dan gaul sebati.
2. Tambah kelapa putih dan gaul rata lagi.
3. Masukkan adunan yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
4. Sediakan sekeping daun pisang, letak 2-3 sudu besar, tambah inti kelapa dan bungkuskan dengan menggulung daun pisang tersebut. Lipat pada kiri kanan daun pisang. Ketepikan dan ulang untuk yang lainnya.
5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 20 minit.
6. Angkat dan sejukkan sebentar dan hidangkan.


yang ini ada ada tambah cheddar..

Tuesday 14 April 2015

BROWNIE IN A MUG

Assalamualaikum..
Hari sudah hampir malam. Biasanya malam-malam macam nih kita menanti masa nak lelap jer tapi sebelum itu nak jugak masukkan entry baru. Kalau masuk esok rasa macam tak puas hahaha..

Brownie In A Mug nih Awin yang bikin. I tengah masak rendang daging, tetiba Awin tayang adunan dalam mug. Ingatkan Awin buat air koko rupanya brownie. Memang dari minggu lepas lagi Awin nak buat..sekali Awin masuk dalam microwave memang masak hanya 1 minit 50 saat!! tTak percaya cuba laa..







BROWNIE IN A MUG

Bahan-bahan..
1/4 cawan gula kastor*
1/4 cawan tepung gandum*
2 sdb serbuk koko*
Secubit garam* - *satukan dan ayak
2 sdb minyak zaitun
3 sdb air

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan bahan-bahan kering dan ayak.
2. Masukkan minyak dan air dan gaul sehingga sebati.
3. Tuang dalam mug atau cawan yang sesuai.
4. Panaskan dalam microwave 1 minit 50 saat.
5. Keluarkan dan skop aiskrim dan hias mengikut kreativiti masing-masing.
6. Satu adunan ini hanya untuk 1 mug atau cawan.



Sunday 12 April 2015

PASSION FRUIT MOUSSE

Assalamualaikum..
Pagi-pagi lagi sudah gian nak buat mousse. Setelah berkali-kali tertangguh, hari ini terlajak buat Passion Fruit Mousse. Kebetulan minggu lepas i beli bekas-bekas kecil segi empat dan sebenarnya nak buat Puding Alpukat..malangnya langsung lupa nak buat..alpukatkan membusuk..kesiann alpukat..

Resepi pula kita risik-risik pelbagai cara yang ada kat Google tapi sudah dicampur tolak kan melalui bahan-bahannya. Jadinya resepi hanya sebagai panduan selebihnya pandai-pandailah kita gunakan kreativi kita ya.







PASSION FRUIT MOUSSE

Bahan-bahan..
15 keping biskut marie - kisar halus
4 sdb mentega - cairkan
8 biji passion fruit @ markisa - belah dua- ambil isinya - kisar sebentar - toskan jus - biji simpan
2 sdb gelatin*
5 sdb air panas* - *satukan - rendam 5 minit - panaskan secara double boiler - sejukkan sebentar
200 gm uht whipping cream
200 gm susu segar
200 gm susu pekat
80 gm jus passion fruit @ markisa

Cara-caranya..
1. Sediakan 20 bekas segiempat mini atau acuan yang seumpamanya.
2. Satukan biskut marie bersama mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati.
3. Sudukan 2 sudu kecil dalam bekas, tekan biar padat. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Dalam bekas besar, satukan uht whipping cream, susu segar, susu pekat, jus passion fruit @ markisa dari 8 biji yang disebut dan cairan gelatin yang telah dilarutkan. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.
5. Keluarkan bekas acuan yang berisi biskut marie tadi dan tuang adunan cecair. Buat sehingga selesai dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Setelah sejuk, keluarkan dan tuang sesudu baki biji passion fruit @ markisa diatasnya dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.




Friday 10 April 2015

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Assalamualaikum..
Fuuhh!! berapi tau masak lemak i nih. Memang kami orang hantu pedas, kalau makan nasi boleh kunyah dengan cili jer..makan apa-apa pun kalau tak pedas mesti nak ada cili padi..kadang sampai pedih peyut hahahaha..

Ok.resepi i main campak-campak aja ya dan dalam masak lemak yang biasa i buat, i suka bubuh daun kesom. Ini suami yang ajar berbanding dengan daun kunyit. Walau bagaimana pun semuanya ikut selera masing-masing ya.

Daging pula i beli dah siap dari sahabat FB sis Suhaily Elda Khamis. Sangat mudah dan senang bila ada daging salai nih..tak perlu nak reneh lama-lama sangat. Kalau kalian mahu boleh add sis kita tu di FB ya..




DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan..
500 gm daging salai
20 biji cili padi hijau*
10 biji cili padi merah*
1 inci halia*
2 inci kunyit hidup* - *kisar lumat
1 batang serai - diketuk
500 gm santan
2 biji kentang - potong empat
2 keping asam gelugor
2 genggam daun kesom

Cara-caranya..
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar lumat bersama serai, santan dan kentang. Masak dengan api kecil sehingga mendidih.
2. Masukkan daging salai dan asam gelugor, reneh lagi selama 10 minit.
3. Tambah daun kesom, gaul sebentar dan tutup api.
4. Siap dihidangkan dengan nasi panas dan lauk-lauk lain.


Boleh add sis Suhaily Elda Khamis untuk tempahan ya..

APAM PUTERI AYU

Assalamualaikum..
Pagi subuh tadi dah siapkan awal-awal Apam Puteri Ayu nih..lama sangat tak buat..ada 4 tahun..lama kan. Kebetulan pagi nih Ustazah datang sebab tu i buat untuk hidangan. Alhamdulillah semua suka.

Resepi pula kita ambil dari entry yang lepas..sama aja..tapi takpe..i bubuh sekali lagi ya..






APAM PUTERI AYU

Bahan-bahan..
1 biji kelapa putih*
1 sdk garam*
2 sdb tepung gandum* - *satukan dan gaul sebati
2 biji telur
150 gm gula kastor
1 sdk ovallate
130 gm santan
1 sdk perasa pandan
1/2 sdk pewarna hijau
130 gm tepung gandum*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Sediakan acuan, sapu minyak didalam acuan atau sembur 'spray cooking'.
3. Ambil sedikit adunan kelapa, masukkan separuh dalam acuan dan padatkan. Buat sehingga selesai dan ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk mixer, satukan telur, gula kastor dan ovallete, pukul sehingga gebu dan naik sekali ganda.
5. Masukkan santan, perasa pandan, pewarna hijau dan adunan tepung, pukul sehingga adunan sebati.
6. Masukkan adunan dalam piping bag dan isi penuh dalam acuan yang berisi kelapa tadi.
7. Masukkan dalam periuk kukusan dan kukus selama 10 minit.
8. Angkat dan sejukkan atas redai dan sedia dihidangkan.




yang ini untuk adik lelaki i yang tak suka kelapa..