Monday, 28 April 2014

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum..
Pagi-pagi tadi dapat juga buat mee goreng kegemaran i dan Awin. Lama juga tak masak dan kebetulan Awin balik dari U jadi adalah orang yang nak makan. Kalau tidak i dan suami lebih makan di luar saja.

Anak-anak 2 orang Awin dan Aman dah besar dan dah sambung belajar kecuali Adik, itu pun waktu persekolahan Adik dari pagi sampai ke petang. Kalau suami kerja tinggallah i sorang-sorang terkontang kanting huhu..sedih kann..

Jadi, bila anak-anak balik, barulah seronok memasak. Betul tak..





Bahan-bahan..
1 bungkus mee kuning - cuci bersih -toskan
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk kasar
3 sdb cili kering kisar
10 ekor udang - cuci bersih
1 cawan air panas
1 ikat sawi - cuci bersih - potong kasar
3 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
Garam dan perasa
3 genggam taugeh - cuci bersih
6 sdb sos cili MAGGI

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan biarkan sehingga cili masak.
3. Masuk udang, biarkan separuh masak dan masukkan air, biar sehingga mendidih.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, garam, perasa dan gaul rata.
5. Diikuti dengan mee kuning dan taugeh, gaul sehingga semua bahan sebati dan rata.
5. Akhir sekali masukkan sos cili dan gaul lagi sehingga sebati, renehkan dalam 2 3 minit.
6. Siap di masak, hidangkan.



Sunday, 27 April 2014

BANANA PASSION SMOOTHIE

Assalamualaikum..
Lama rasanya takde entry MINUMAN kan. Tetiba hari ini Awin minta tolong buatkan dan kebetulan ada pelbagai stok buah-buahan dan antaranya pisang dan markisa pemberian dari sis June Ahmad..

Terima kasih kakkk..memang stim tau cium buah markisa nih hahahha..



Bahan-bahan..
3 biji buah markisa - ambil isinya
1 biji pisang - potong dadu
1 1/2 sdb susu pekat
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan ais

Cara-caranya..
1. Satukan kesemua bahan-bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Tuang dalam gelas yang sesuai dan tambah ais jika kurang. Hidangkan.

Nota :
- Susu boleh juga digantikan dengan yogurt biasa.
- Susu pekat boleh juga digantikan dengan gula.
- Ais boleh ditambah lagi jika kurang.


Friday, 25 April 2014

CREAM CARAMEL

Assalamualaikum..
Semalam i terlihat sahabat FB sis Ct Zubaidah buat jualan 'cream caramel'. Niat dihati teringin nak makan dan ingin membeli tapi bila fikir semula..alahaii siapa pula nak ambil.

Pagi nih, i lihat telur banyak sangat yang belum habis..sebab telur nih dah beli hampir seminggu..nanti lagi lama lagi kurang berkualiti jika kita nak buat untuk kek-kek lain..betul tak..

Jadinya i beritahu Awin nak buat "Quiche" sebab nak habiskan telur. Dengan spontan Awin bilang "kenapa tak buat cream caramel"? lagi guna banyak telur kan..iya tak iya jugak kan..

Makanya, jadilah..terhasillahhh CREAM CARAMEL..







Bahan-bahan..
10 biji telur
250 gm susu pekat manis
600 gm susu cair Ideal
200 gm air putih
1 sdb esen vanilla
1 sdk tepung kastad
1/4 sdk garam halus
Golden syrup secukupnya
Buah-buahan untuk hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan semua bahan-bahan kecuali golden syrup, pukul sebati dan tapiskan.
2. Ratakan golden syrup pada keseluruhan dasar loyang bersaiz 8 inci atau 'bundt pan' atau loyang yang sesuai.
3. Tapis dan tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang atau 'bundt pan' yang berisi golden syrup tadi.
4. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan dan kukus selama 20-30 minit dengan api sederhana.
5. Cucukkan lidi kedalam 'cream caramel', jika lidi boleh berdiri dengan tegak bermakna 'cream caramel' telah siap dimasak.
6. Rendamkan loyang kedalam air sejuk selama 10 minit, ini supaya 'cream caramel' senang untuk keluar dari loyang.
7. Keluarkan dari loyang, hiaslah dengan buah-buahan kegemaran, sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dihidangkan.

Note :
- Golden syrup boleh juga digantikan dengan madu atau 1/2 cawan gula yang dimasak sehingga perang.
- Boleh juga dikukus didalam bekas kecil.
- Boleh juga dibakar secara 'waterbath'.







Wednesday, 23 April 2014

ROTI SARANG LEBAH BEREMPAH

Assalamualaikum..
Masihh lagiii.., Memang roti nih berhantu la kan..di FB 'newsfeed' penuh dengan ROTI SARANG LEBAH nih. Itu yang buat i tak tahan mencubanya buat kali kedua.
Cumanya, kali ini i menggunakan resepi roti yang biasa i gunakan untuk sebelum-sebelum ini dan i buat tambahan 'topping' sepenuhnya sengan manisan rempah ratus yang i buat sendiri.







Bahan-bahan ROTI..
200 gm air
500 gm tepung protein tinggi
50 gm susu tepung
100 gm gula castor
11 gm yis
5 gm bread improver
2 bj telur A
100 gm minyak jagung

Bahan-bahan topping..
2 sdb mentega - cairkan
2 sdb gula kastor*
2 sdk sdk spekuk* - *satukan dan gaul rata @ (boleh gantikan dengan rempah kulit kayu manis + nutmeg)
2 sdk bijan hitam
2 sdk bijan putih
50 gm kuaci hijau


Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER..
1. Masukkan semua bahan-bahan ROTI dlm mangkuk breadmaker mengikut urutan.
2. Tekan setting "dough" mengikut breadmaker masing-masing dan tunggu sehingga siap.
3. Keluarkan adunan tumbuk-tumbukkan bagi mengeluarkan angin bersama sedikit tepung, ambil adunan dalam 15 gm, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang yang sesuai.
4. Biarkan adunan naik sekali ganda, baru beruskan adunan dengan mentega yang telah dicairkan.
5. Taburkan manisan rempah ratus bersama bijan hitam, bijan putih dan kuaci hijau.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
7. Keluarkan adunan dan tuang sos butterscoth.

Bahan-bahan BUTTERSCOTH SAUCE..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.









ROTI SARANG LEBAH CHEESE

Assalamualaikum..
Wahhh!! Masih lagi bersama ROTI SARANG LEBAH kann..tapi kali ini i sudah tukar 'topping'..i cuba letak cheddar cheese bersama manisan rempah ratus yang dibuat sendiri...

Memang tersangatlah terasa-rasa akan adunan cheese yang disagat beserta manisan rempah ratus.




Bahan-bahan ROTI..
200 gm air
500 gm tepung protein tinggi
50 gm susu tepung
100 gm gula castor
11 gm yis
5 gm bread improver
2 bj telur A
100 gm minyak jagung

Bahan-bahan topping..
2 sdb mentega - cairkan
50 gm cheddar cheese
2 sdb gula kastor*
2 sdk spekuk* - *satukan dan gaul rata @ (boleh gantikan dengan rempah kulit kayu manis + nutmeg)
2 sdk bijan hitam



Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER..
1. Masukkan semua bahan-bahan dlm mangkuk breadmaker mengikut urutan.
2. Tekan setting "dough" mengikut breadmaker masing-masing dan tunggu sehingga siap.
3. Keluarkan adunan tumbuk-tumbukkan bagi mengeluarkan angin bersama sedikit tepung, ambil adunan dalam 15 gm, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang yang sesuai.
4. Biarkan adunan naik sekali ganda, baru beruskan adunan dengan mentega yang telah dicairkan.
5. Sagatkan cheddar cheese keatas doh sehingga rata keseluruhannya kemudian taburkan manisan rempah ratus bersama bijan hitam.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
7. Keluarkan adunan dan tuang sos butterscoth.

Bahan-bahan BUTTERSCOTH SAUCE..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.




sebelum dibakar..


selepas dibakar..


setelah dituang butterscoth sos..


Monday, 21 April 2014

ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum..
Fuhhhh!!! Memang sekarang musin SARANG LEBAH mengganas. I pun sampai tak keruan dibuatnya. Hati bagai disentap-sentap bila melihat sahabat-sahabat terus-terusan membuat ROTI SARANG LEBAH nih.

Dalam keletihan, i paksa juga buat..tak nak ketinggalan dan i rasa sangat-sangat berbaloi dan pasti menyesal kalau tak buat. Memang gandingan yang serasi bila roti digandingkan bersama sos butterscoth dan bijan-bijan serta kekuaci.


memang mengancam!





Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat FB sis LYDIA HONEY yang memperkenalkan ROTI SARANG LEBAH ini. Cuma dalam resepi i buat pertukaran mengikut keperluan yang ada dalam simpanan. Untuk resepi asal boleh lihat gambar dibawah ya..dan resepi dibawah i telah ubah menjadi sukatan gram.


gambar diatas adalah hak milik sepenuhnya kepunyaan sis LYDIA HONEY..




sebelum dibakar..

Bahan-bahan ROTI..
200 gm air suam
50 gm minyak jagung
1/2 sdk garam
450 gm tepung roti
50 gm susu tepung
80 gm gula kastor
1 sdb yis kering

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Masukkan air, minyak jagung dan garam dalam loyang 'breadmaker'
2. Masukkan pula kesemua bahan-bahan kering.
3. Tekan setting 'bread dough' dan biarkan 'breadmaker' jalan sepenuhnya selama 1 jam 30 minit.
4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan sedikit agar angin keluar.
5. Ambil doh dalam anggaran 15-20 gram dan uli menjadi bulat dan susun dalam loyang yang sesuai.
6. Biarkan doh naik sekali ganda, kemudian sapukan kuning telur dan taburkan kuaci, bijan putih dan bijan hitam.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak mengikut kesesuain oven masing-masing.
8. Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan tuang perlahan-lahan sos butterscoth diatasnya hidangkan.

Bahan-bahan BUTTERSCOTH SAUCE..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.




BUTTERSCOTH SAUCE

Assalamualaikum..
Butterscoth sos nih memang lama dah nak buat tapi macam kebiasaan tidak kesampaian masanya dan tidak ada rizki untuk merasa. Tapii.., disebabkan ROTI SARANG LEBAH membuatkan i tersentap-sentap dan tak sabar-sabar untuk mencuba walaupun dalam keadaan letih..

Butterscoth sos ini boleh digunakan dalam pelbagai..dalam kek, dessert, roti..hiasan dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing ya..



Bahan-bahan..
80 gm mentega
150 gm gula perang
160 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk vanilla
1/4 sdk garam

Cara-caranya..
1. Cairkan mentega dalam periuk sederhana sehingga sedikit mendidih dengan api yang kecil.
2. Masukkan gula perang sambil gaul rata sehingga gula larut dan menjadi cecair yang pekat.
3, Masukkan whipping cream, corn syrup, vanilla dan garam dan kacau dengan whisk berterusan sehingga mendidih dan sedikit pekat.


KEK PISANG

Assalamualaikum..
Permintaan adik..kek pisang memang menjadi kegemaran adik tapi adik panggil roti pisang. Kek pisang nih memang sangat gebu. I belajar dengan Chef Peter Lim sewaktu waktu dahulu. Dah berkali-kali i buat, salah satunya DISINI..







Bahan2..
230 gm pisang berangan*
1 sdk esen vanilla*
1 sdk perasa pisang* - *satukan - lecek lumat - simpan dalam fridge 1 jam
335 gm tepung superfine**
1/2 sdk garam halus**
1/2 sdk baking powder**
1 sdk baking soda** - **satukan dan ayak
265 gm telur
60 gm susu segar
320 gm gula castor
17 gm ovallete
215 gm marjerin daisy@minyak - cairkan

Cara2nya..
1. Dalam mixer dengan kelajuan perlahan, pukul telur, susu segar dan gula castor sehingga sebati.
2. Masukkan adunan tepung sedikit2 sambil terus pukul.
3. Tambahkan ovallete, naik kelajuan pada tahap yang laju, pukul sehingga naik 2 kali ganda.
4. Masukkan pisang yang telah di lecek dan pukul dengan kelajuan sederhana.
5. Masih kelajuan sederhana, tuang marjerin cair atau minyak dan pukul sehingga sebati sahaja.
6. Tuang dalam loyang yang di rasakan sesuai.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai. Siap di hidangkan.






Sunday, 20 April 2014

SYUKURRRR...

Bismillahhirrohmannirrohim & Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah rizki yang Allah beri sepanjang ini. Antaranya ialah :-





INDULGENCE CAKE


KEK BUAH KUKUS..






2 biji OPERA CAKE




KEK LAPIS PRUNE