Monday, 30 September 2013

NUTELLA CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum..
Lamakan i tak buat kek untuk makan sendiri, hari ini atas permintaan Awin yang balik bercuti setelah selesai exam untuk semester yang pertama dalam kuliahnya. Berkali-kali Awin minta, mamanya selalu aje M M M hehehe, tapi hari ini i kena juga tunaikan sebab memang tidak sibuk.

Alhamdulillah kejadian brownies ini amat kena dengan selera Awin. Awin kata "mama brownies nih tak terkata sedapnya".., waduh waduh..mama kembang sebesen uuuuu hahaha..

Takde laa..apa-apa pun mesti kita suka kalau makanan yang datangnya hasil dari air tangan seorang ibu untuk anaknya..dan mendapat pujian..betul tak?? betulll..,

Resepi ini datangnya dari mak cik gugel minah saleh, i dah terlepas pandang blognya..terima kasih kepada beliau..dan macam biasa i ada buat pengurangan dan penambahan dalam resepi ini dan juga i lebihkan masa pembakarannya ikut kepentingan i hehe..oleh itu mehh i kongsikan resepi ini disini ya..











Bahan-bahan brownies..
90 gm mentega
170 gm coklat kompound - sagat halus
30 gm serbuk koko - ayakkan
3 biji telur
170 gm gula kastor
1 1/4 sdk esen vanila
280 gm nutella
140 gm tepung gandum*
1/2 sdk baking powder* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
350 gm cream cheese
1 sdk esen vanila
120 gm gula kastor
2 biji telur
140 gm nutella - untuk marble

Cara-caranya brownies..
1. Satukan mentega, coklat kompound dan serbuk koko, masak adunan ini secara 'doble boiler' sehingga adunan sebati dan larut. Angkat dan sejukkan dalam 10 minit.
2. Dalam mixer, pukul adunan coklat tadi bersama telur satu demi satu sehingga sebati.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur diikti dengan esen vanila.
4. Masuk pula nutella, pukul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan adunan tepung dan gaul sehingga rata.


6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas bersama kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega atau 'spray cooking'. Pastikan kertas minyak berlebihan bagi memudahkan brownies dikeluarkan ketika selesai membakar. Ketepikan sementara menyiapkan adunan cheese.

Cara-cara cheese..
1. Dalam bekas mixer yang bersih, satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
2. Tuang telur dan pukul lagi sehingga benar2 rata dan tidak berbintil.


3. Tuang adunan cheese ke dalam loyang dan ratakan.


4. Sudukan nutella keatas adunan cheese, ambil lidi, marblekan nutella pada sekelilingnya.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 50-60 minit atau sehingga perang.


Sunday, 29 September 2013

SAMBAL UDANG PETAI

Assalamualaikum..
Menu kami sekeluarga untuk malam ini, i hidangkan sambal udang petai, kebetulan suami hari ini tidak berapa selera makan, jadi i cuba buat tambahan petai dalam masakan, ini kerana suami memang sukakan petai bersama udang.
Alhamdulillah suami dan anak-anak sangat berselera makan, habis licin sambal udang sekali hadap. Syukur dengan pemberianNya. Amin.





Bahan-bahan..
15 ekor udang besar - buang sesungut - belah belakang - bilas dengan air asam - toskan
1 batang serai - ketukkan
1 biji bawang merah besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *ditumbuk
30 tangkai cili kering - potong memanjang - rendan air panas - bilas - toskan**
1 sdb belacan - dibakar**
1 cawan air** - **satukan dan kisar lumat
4 sdb gula
2 sdk garam
1 sdk perasa
2 sdk asam jawa ADABI
1/2 cawan air panas
1 labu bawang holland - hiris bulat
1/2 cawan petai - belah dua

Cara-caranya..
1. Panaskan 1 cawan minyak, tumis serai diikuti bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan cili kering yang dikisar dan biarkan masak dalam 10 minit atau sehingga cili benar-benar masak.
3. Tambahkan gula, garam, perasa dan asam jawa, gaul sebati.
4. Masukkan udang dan gaul lagi.
5. Tambahkan air panas, bawang holland dan petai, biarkan mendidih dalam 10 minit.
6. Tutup api dan siap dihidangkan.

CEKODOK PISANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Pagi nih ada lebihan pisang tanduk yg sudah masak ranum, maka terjadilah cekodok pisang sarapan kami.

I sukakan lebih pisang dari tepung, ada juga yang suka lebih tepung dari pisang..jadi ikutlah citarasa masing-masing ya..







Bahan-bahan..
1 cawan pisang lecek
1 biji telur
1 sdk esen vanila
5 sdb gula pasir
3/4 cawan tepung gandum*
1/2 sdk baking powder*
1/4 sdk baking soda* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Gaul sebati pisang lecek bersama telur, esen vanila dan gula.
2. Tambahkan adunan tepung dan gaul rata.
3. Panaskan minyak hingga separuh penuh.
4. Dengan menggunakan hujung jari ambil sedikit adunan dan masukkan dalam minyak panas. (bukan masuk jari okke)
5. Tunggu sehingga masak garing dan angkat.

MESIN TART UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum..
Kepada pembuat tart yang masih berminat dengan mesin ini.

















Ciri-ciri mesin..

Saiz panjang  :  35 cm
Saiz lebar      :  16 cm
Saiz tinggi      :  17 cm

Metarial body  :  High gred aluminium with black anodizing
Bekas acuan    :  Poly urythne (PU - warna akan digelapkan)

Saiz acuan didatangkan dengan 2 saiz berbeza :-

1. 4 lubang bersamaan dengan 7 cm (ukuran atas)
2. 5 lubang bersamaan dengan 4.5 cm (ukuran atas)

ATAU

Boleh pilih saiz pilihan anda dengan pemberitahuan lebih awal.

Mudah dipasang untuk menukar saiz acuan.

Harga    :    RM1100 (ansuran atau tunai) 

Harga termasuk penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia dan tambahan RM50 untuk Sabah & Sarawak.

Kepada yang berminat terus hubungi atau SMS ditalian 016-7614744






Saturday, 28 September 2013

KERANG GORENG CILI

Assalamualaikum dan salam hujung minggu..
Hampir 2 minggu i tak update apa-apa entry, hari ini berkesempatan berkongsi resepi yang lama tak buat. Dulu biasanya, menu ini i buat bersama siput sedut tapi kali ini i gantikan dengan kerang.

Semalam masa i pergi pasar malam, i nampak kerang nih besar sedikit dari kebiasaannya. Harganya juga sederhana 1 kilogram RM8.00, i tak pasti sama ada mahal atau murah atau harga patut. Apa-apa pun i dapat hidangkan buat kami sekeluarga. Alhamdulillah..







Bahan-bahan..
1 kg kerang - rendam bersama air asam - cuci bersih - rebus - toskan
1 batang serai - hiris kasar
1 biji bawang merah sederhana*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *ditumbuk kasar
5 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
1 sdb jus lemon
1 cawan air panas
1/2 sdk garam
2 sdk gula
1/2 sdk perasa
1 sdk tepung arrow root@tepung jagung*
1/2 cawan air biasa* - *satukan dan gaul
1 pokok daun bawang - hiris halus - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai diikuti dengan bahan-bahan tumbuk, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga masak.
3. Masuk sos tiram, sos ikan, kicap manis, kicap pekat dan jus lemon, gaul sebati.
4. Tuang air panas, garam, gula dan perasa, gaul sehingga mendidih.
5. Masukkan kerang yang telah direbus gaul rata.
6. Akhir sekali kacau dan tuangkan campuran tepung dan air dan kacau sehingga sebati kesemuanya.
7. Hidangkan dengan hiaskan daun bawang.

Sunday, 15 September 2013

TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Tempahan kek perkahwinan selepas Lebaran. Memang tidak dinafikan rasa sedikit kekok untuk menguli fondant setelah sekian lama tidak bermesra bersama, tambahan pula pergelangan tangan yang sering sakit kini kembali menyerang sebelum bermulanya tempahan ini. Allahuakbar..semuanya ujian dariNya yang harus ditempuhi. Walau bagaimana pun dengan adanya Awin pulang dapat mengurangkan kepenatan dalam pembikinan kek ini.

Kek telah ditempah dari sis Roba Romas (kalau tak silap) buat sahabat karib beliau yang melangsungkan perkahwinannya pada tengah hari tadi, syukur Alhamdulillah selamat dalam penghantaran ke Taman Damai Jaya, JB. Semoga sis Roba Romas danmempelai berpuashati dengan kek yang di tempah. Mohon maaf juga jika ada yang terkurang dari pihak kami.


masa nih tak sabar nak ambil gambar hehe..






riben mamang sengaja dibuat 'layu-layu lembik-lembik' gitu..
mana ada riben tegakkkkk jer kann..


ketika masih bogel..hihi..


di biarkan sementara menunggu riben mengeras..

Tuesday, 3 September 2013

TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Tempahan untuk permulaan selepas Lebaran tempoh hari. Kini i hanya mengambil tempahan mengikut kesesuaian masa yang terluang. Kepada yang masih berminat untuk membuat tempahan, sila tempah 1 minggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Terima kasih..









Tempahan dari Puan Mazliza..
Creamcheese Rainbow Cake..
8 inci @ 2.5kg = RM150.00
atau
8 inci @ 1.8kg = RM100.00


yang ini pula tempahan dari Puan Zura..
Hot Cheese Chocolate Cake..
8 inci @ 2 kg = RM110.00