Saturday, 27 April 2013

AWARD DARI DAPUR NASYA


ASSALAMUALAIKUM..

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
cantik tak..cantik tak..
cute takk..cute takk
comel takk..
comel takk..
cume cekci aje kan..
tapi takpe laaa cekci..kartun aje pun kan..lagi pun i tengok kartun nih tak cukup sifat hahahah..
tangannya ada sebelah aje..
TAPIII..
apa -apa pun i suka..i loikeee..
ehh suka & loike tu sama la kan..

terima kasih pada sis Nasya dari Dari Dapur NaSya yang telah memberi i award untuk bulan April ini.
terima kasih daun keladi, lain kali beri lagi ya..
(sambil angkat award nih macam retis-retis tu hihi)
jangan marah ya sis, gurau di hujung minggu hihi..


CHILLED OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum semuaaa..
Amboiii lama sungguh i tak balik sini kan, balik kejap pastu keluar lagi..nanti balik sekejap pastu keluar lamaaa..hari ini rasa banyak kesempatan untuk meluangkan masa di rumah sendiri. Sana sini dah penuh habuk dah rumah i nih, jap nak bersihkan hihihi. 

sdgiegftevb qer2385748t58w skjvcn ;fvhsdg

okkee..i dah bersihkan semua habuk-habuk dan khazanah yang adaa..sekarang kita cuci mata pula dengan tempahan tempoh hari. Terima kasih pada Puan Nursadrina diatas tempahan berulang.



Bahan-bahan..
300 gm oreo crushed
80 gm butter - cairkan
375 gm cream cheese - lembutkan
100 gm gula kastor
1 sdb jus lemon
200 gm uht whipping cream - pukul sampai kental
3 sdb serbuk gelatin + 60 gm air - rendam 5 minit - cairkan secara water boiler
200 gm coklat compound putih - potong kecil - cairkan secara double boiler
100 gm oreo crushed
8 keping oreo - belah dua - sebagai hiasan

Cara-caranya..
1. Sediakan 'ring cake' bersaiz 8 inci atau 9 inci diatas papan kek.
2. Satukan 300 gm oreo crushed bersama butter yang telah dicairkan dalam bekas, gaul sebati.
3. Tuang kedalam 'ring cake' yang telah tersedia, tekan biar rata pada keseluruhan 'ring cake' dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 1/2 jam.
4. Sementara itu, dalam mixer, pukul cream cheese, gula kastor dan jus lemon sehingga sebati.
5. Dalam bekas kecil yang lain, pukul kental uht whipping cream, tuang ke dalam adunan cheese dan pukul sebati dan rata.
6. Tuang pula gelatin yang telah dicairkan dan pukul rata.
7. Kemudian diikuti pula dengan coklat compound putih yang telah dicairkan dan pukul sebati.
8. Tuang 100 gm oreo crushed dan kaupbalikkan sahaja adunan.
9. Keluarkan 'ring cake' yang disejukkan tadi, tuang adunan cheese kedalam 'ring cake', ratakan dan sejukkan dalam peti sekurang-kurangnya selama 4 jam.
10. Keluarkan 'cheesecake' dari peti dan hias ikut kreativiti masing-masing.

SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS SEMUANYA..


dari my ustazah buat ulangtahun anak beliau..


dari cik ika Johor Bharu..


dari branch manager TAQBIN cawangan Johor Bharu..


hantaran pertunangan untuk anak Puan Ana Salwa dari Cheras, Selangor..


dari cik kiela..ulangtahun buat mak..


penghantaran ke Cik Lia dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur..


cik hidayah dari klang..




dari puan Nursadrina dari johor bharu..


dari cik wawa stewart dari Johor Bharu..


Terima kasih kepada semua pelanggan Juicy Cafe, semoga segalanya menepati citarasa kalian, mohon maaf juga dari pihak kami jika ada kekurangan.

Thursday, 4 April 2013

TEMPAHAN SELEPAS LAMA BERCUTI..

Assalamualaikum..
Setelah lama bercuti, kelmarin i bermula dengan pavlova, brownies dan kek kahwin. Mulai minggu ini i mem'baking' keseorangan tanpa Awin. 

Awin dah pergi PLKN, menunaikan tanggungjawab yang telah di tetapkan, semoga Awin dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang baru bersama cikgu-cikgu pelatih dan sahabat-sahabat baru. 

Dalam masa yang sama, awin dapat mencuba hidup berdikari tanpa mama dan papa, bercampur gaul dengan orang luar dan boleh belajar hidup penuh keyakinan, In Sha Allah..

Okey, bercerita semula tentang kek perkahwinan ini, kek ini telah di beli oleh adik i Hazwan buat sahabatnya yang bakal berkahwin pada hari sabtu ini. Kiranya ini kek tajaan laaa.., Selamat Pengantin Baru kepada mempelai, semoga kalian kekal hingga ke jannah.





kek ini di hantar ke Kapar, Klang, Selangor.
sponge cake saiz 10", 8" & 6"
harga mampu milik RM300.00 sahaja..


pavlova wreath
10" - RM60.00


marble double cheese brownies
10" - RM80.00