Followers

Monday, 28 November 2011

CINNAMON ROLL

Assalamualaikumm sumee sahabat2..waahhh arini kan i buat lagi cinnamon rolls nih..tapi aritu i buat i x dapat makan..rasa pun x dapat sebab nak kasik org kan..kawan2 lak tanya resepi sampai i lupe nak updated so arini baru berkesempatan nak updated..tapi kali nih i cedok idea dari sini.. http://www.myrecipes.com/recipe/whole-wheat-cinnamon-rolls-10000001622511/ yang menggunakan tepung gandum penuh..dan juga i telah mencampurkan adunan nih dengan bahan2 yang i rase bule jadi lagi lembuuttt cewahhhh..hasilnya memang lembutt gilerrrr uuuu..x caya u all teraii laaa jom tengok..


memanggg lembuuttttt uuu..


baru kuar dari ovennn..

Bahan2 doh..
100 gm air putih
100 gm susu segar
400 gm tepung protin tinggi - ayakkan*
100 gm tepung whole wheat*
50 gm susu tepung*
50 gm gula castor*
11 gm yis*
5 gm bread improver*
5 gm bread softener* - *bahan2 kering
5 gm garam
1 sdk jus lemon
2 biji telur - pukul sedikit
100 gm butter

Bahan2 inti..
30 gm butter - utk dsapu
40 gm gula perang*
1 1/2 sdb ground cinnamon*
1/2 sdk ground nutmeg* - *satukan dan gaul rata
100 gm kismis
7 biji ceri - belah dua

Bahan2 glaze..
150 gm gula aising - ayakkan*
1 sdk esen vanilla*
5 sdb susu segar* - *satukan dan gaul rata - masuk dalam piping bag

Cara2nya..

KAEDAH TANGAN
1. Dalam mixer, masukkan air, susu dan bahan2 kering, pukul sehingga rata.
2. Masukkan garam, jus lemon dan telur, pukul lagi.
3. Masukkan butter dan terus pukul sehingga menjadi doh.
4. Tutup mangkuk mixer dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.
5. Keluarkan doh, letak atas meja, uli doh bagi mengeluarkan angin.
6. Canaikan doh menjadi empat segi tepat yang lebar.
7. Sapukan butter pada doh dan taburkan bahan2 inti, seterusnya taburkan kismis.
8. Dengan perlahan gulungkan doh dan ketatkan doh pada bahagian yang akhir.
9. Potong doh sebesar 2 inci setiap satu dan letak dalam papercup yang sesuai, letak separuh ceri, bule juga di susun dalam loyang yang sesuai. Kalau guna loyang sapukan sedikit butter pada loyang.
10. Biarkan doh naik dalam 1/2 jam.
11. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 25 minit.
12 Keluarkan dari oven, pipe kan glaze di atas doh dan siap di hidangkan.

KAEDAH BREADMAKER
1. Masukkan air dan susu segar di ikuti semua bahan2 doh dalam loyang breadmaker.
2. Tekan 'setting dough' dan tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam.
3. Keluarkan doh dari loyang breadmaker, uli doh bagi mengeluarkan angin.
4. Seterusnya ikuti cara2 KAEDAH TANGAN mulai dengan nombor 6 sehingga selesai.


tepung gandum penuh (whole wheat)..


gula perang, ground cinnamon dan ground nutmeg yang telah di gaul..


doh yang baru di keluarkan dari breadmaker..


no. 6..


no. 7..


no. 7..


no. 8..


no. 8..


no. 9..


no. 9..


dah siapppp..


MINI TIRAMISU

Salam sumee..errmmm yang nih pun buat bersama anak teruna, anak buat kek, mama n kakak deco aja, seronok i tengok anak2, yang nih kitaorg buat untuk sis HARFA ABDUL KARIM, kitaorg buat sampai kul 1 pagi tau, sebab esoknya nak keluar umah pukul 8 pagi..alhamdulillah semua dapat di selesaikan..jom tengok..


mini tiramisu..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 gm butter - cairkan dan sejukkan


kek span teruna hehehe..

Bahan2 cream cheese..
200 ml RICH whipping cream
200 gm cream cheese
100 gm mascarpone
80 gm gula castor

Cara2 cream cheese..
1. Pukul whipping cream sehingga kental dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, mascarpone dan gula castor sehingga sebati dan lembut.
3. Masukkan whipping cream sedikit2 dan pukul lagi biar adunan sama rata.
4. Masukkan adunan dalam piping bag.

Bahan2 coffee syrup..
2 sdb expresso coffee*
1 sdk serbuk nescafe*
2 sdb gula castor*
1 cawan air panas* - *satukan - gaul sebati - sejukkan

Bahan2 hiasan..
Serbuk coklat
Strawberry
Biskut panjang coklat

Cara2nya..
1. Dengan kelajuan tinggi, pukul tepung optima dan telur selama 8 minit.
2. Tuang susu segar dalam adunan dan terus pukul lagi selama 5 minit.
3. Matikan mixer, masukkan butter cair dan kaupbalikkan sehingga semuanya rata.
4. Lenserkan loyang saiz 8 inci dengan butter dan lapik loyang dengan kertas minyak, sapu butter lagi.
5. Tuang adunan dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
6. Telangkupkan loyang kek atas wire rack, biarkan dalam 7 minit.
7. Terbalikkan loyang, kikis tepi2 loyang dan keluarkan kek, sejukkan atas redai sebentar.
8. Potong kek 3 lapisan, potong kek mengikut acuan masing2.
9. Susun kek dalam acuan, sudukan coffee syrup atas kek, pipekan adunan cheese dan ratakan.
10. Susun kek lagi 1 lapisan dan ikut turutan seperti no. 9 yang di akhiri dengan adunan cheese.
11. Ayakkan serbuk coklat, letakkan strawberry dan biskut coklat panjang.
12. Siap di hidangkan.


siap suda..

KEK PISANG TERUNA

Salam sumeee..buat pertama kalinya anak terunaku mem'baking'..alhamdulillahhh nak jugak dia tau, ingatkan x mau, utk pertama kalinya i telah bagi dia 1 resepi yg cukup mudah, alhmdulillah jadikkkk..resepi i amek kt cni.. http://simplyrecipes.com/recipes/banana_bread/ .., mula2 ari pertama i x rasa lg, esok paginya i rase..alamaakkk sedap laa, walaupun simple tp sedap jugak..jom tgk bawah lg..


Bahan2..
4 biji pisang berangan - di lecek
1/3 cawan butter - cairkan
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1 sdk esen vanilla
Secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sdk baking soda* - *satukan n ayak

Cara2nya..
1. Satukan pisang dan butter, gaul sehingga sebati.
2. Masukkan gula, telur, esen vanilla dan garam, gaul lagi bagi semua sebati.
3. Masukkan adunan tepung dan kaupbalikkan dengan menggunakan spatula.
4. Lenserkan loyang 4 x 8 inci dengan butter, lapik kertas minyak dan lenserkan butter lg.
5. Tuang adunan dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selama 1 jam.
6. Sejukkan atas redai, ayakkan gula aising di atas kek dan siap untuk di hidangkan.


ini la anak teruna kuu..


Friday, 25 November 2011

DOMOKUN COOKIES

Assalamualaikummm semuaa..adooooiiiii arini rasenya penatttt sangat2 sis..dari pagi sampai sekarang nih x siap2 kerja..xtau la kerja apenyaa hahahha..pagi td g anta kek kt customer..pastu terussss g pasar beli lauk2 basah, dengan kereta ekon problemnya..adoooiiii berpoloh2 den dlm keta tu haaa..lepas g pasar trus balik rumah, anak2 mintak buatkan asam laksa, ok dah siap asam laksa, terus keluar pegi kedai bakery nak amek 'edible image' utk kak sarina n anak2 lelaki i..dah selesai kt kedai bakery truuuuusss balik rumah, aarrgghhhh dapat la rehat cket, pastu boringgg x buat ape..addooiiiii..tangan gatal tu yg buat cookies nih haaa..amacam ok x hehehhe..dalam masa buat cookies nih kak sarina dtg rumah pastu lepak2 bersama sambil buat cookies nih..dapat la kak sarina bawak balik cket..bole tahan sedap cookies nih n cuteee hehheeh, sape2 nk cube bule cuba ya..jom tgk resepinya..


sesuai buat anak2..


hahahhhhaa..

Bahan2 A..
200 gm butter
120 gm gula aising
100 gm santan kotak

Bahan2 B..
240 gm tepung red rose
160 gm tepung kentang
60 gm tepung beras

Bahan2 C..
1/2 sdk pewarna merah
4 sdb serbuk coklat
Coklat chip secukupnya

Bahan2 D..
10 gm putih telur*
70 gm gula aising*
1 sdb tepung jagung* - *pukul sehingga kental dan masukkan dalam piping beg dengan nozel no. 2

Cara2nya..
1. Satukan bahan2 A dan gaul sebati.
2. Tambahkan sedikit2 bahan2 B ke dalam bahan2 A dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Ambil adunan sebanyak 40 gm dan gaul bersama pewarna merah dan ketepikan sebentar.
4. Tambahkan serbuk coklat ke dalam adunan selebihnya, gaul dan uli sehingga sebati.
5. Ambil adunan coklat sebanyak 10 gm, buat corak segiempat panjang.
6. Buatkan garisan di bawah petak untuk di jadikan kaki.
7. Ambil sedikit adunan warna merah, leperkan sedikit dan letak di tengah2 badan, lihat gambar.
8. Ambil pula coklat chip dan buatkan matanya.
9. Ambil sedikit adunan warna coklat dan buat untuk tangannya, buat sehingga selesai.
10. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dgn suhu 130C selama 35 minit.
11. Terus pipekan aising yang telah siap tadi untuk di jadikan gigi domokun.
12. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

video

jangan ketawa tau!! apa2 yg u all nampak x elok abaikan aja ya hahahha..


Thursday, 24 November 2011

TIRAMISU..

Assalamualaikummm n selmat pagi sahabat2ku..pagi nih siap suda tiramisu yg mmg senang n simple aje buatnya, yerla nih kan dah cuti skekolah, jadi buat la kek2 ikut permintaan anak2, kali nih i guna kek span pulak, aritu dh guna jari pompuan kali nih kasik tukar pulak aekk..senang aje jom tgk..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 gm butter - cairkan-sejukkn

Cara2nya..
1. Pukul tepung dan telur sehingga sebati selama 8 minit.
2. Tuang susu segar dan pukul lagi selama 2 minit.
3. Masukkan butter dan kaupbalikkan sahaja.
4. Lenserkan loyang saiz 8 inci dengan sedikit butter, lapik kertas minyak dan lenserkan sedikit butter lagi atas kertas minyak.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
6. Keluarkan kek dan terus telangkupkan atas redai, biarkan dalam 5 minit.
7. Terbalikkan semula loyang kek, kikis di tepi2 loyang kek dan keluarkan kek dari loyang. Biarkan sejuk sepenuhnya.

Bahan2 cream cheese..
200 ml RICH whipping cream
200 cream cheese
100 gm mascarpone
80 gm gula castor

Bahan coffee syrup..
2 sdb expresso coffee*
1 sdk serbuk nescafe*
2 sdb gula castor*
1 cawan air panas* - *satukan dan gaul sebati - sejukkan

Bahan2 hiasan..
1 sdb serbuk koko
6 biji strawberry - belah dua
Beberapa kepingan coklat compound hiasan

Cara2nya..
1. Pukul whipping cream hingga kental dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, mascarpone dan gula sehingga lembut dan sebati.
3. Masukkan whipping cream sedikit2 dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan.

Cara2 untuk tiramisu..
1. Potong kek kepada 3 lapisan, letakkan kek lapisan bawah ke dalam loyang springfoam saiz 8 inci.
2. Sudukan coffee syrup ke atas kek singga kena pada semua bahagian.
3. Tuang adunan cheese dan sapu rata pada kek.
4. Letakkan kek lapisan ke dua, sudukan dengan coffee syrup sama seperti langkah pertama tadi.
5. Di ikuti dengan adunan cheese dan di ikuti dengan kek lapisan paling atas, sudukan syrup coffee dan sapu adunan cheese sehingga rata.
6. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.
7. Keluarkan kek dari loyang, sapu baki adunan cheese di tepi2 kek sehingga rata dan sejukkan semula dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.
8. Keluarkan kek dan hias kek dengan coklat compound di tepi2 kek, ayakkan serbuk koko di atas kek dan susun strawberry di atasnya. Siap.


no. 1 dan no. 2..


no. 3..


no. 4..


no.5..


no. 5 dan no. 6..


no. 7..


no. 8..dah siapppp..cuba laa..

Tuesday, 22 November 2011

MINI PAVLOVA

Salamm sumeee..arini kan i teraiii buat pavlova..jadi ke nih yee?? rase macam jadik hehehe..bile di geget aje rangguppp uuuu..i buat mini2 cenggini ikut style omputeh tu..resepi i amek kt cni lerr.. http://simplyrecipes.com/recipes/pavlova/ pastu bile dah sudukan atas kertas minyak mcm x cun pulak..pastu i kut lerr style cni.. http://foodieandthechef.com/2011/01/dragon-fruit-and-lychee-pavlova/ dia buh kt dlm acuan stainless stell..i xde pastu i teringat laa acuan utk goreng telor..ape lg i belasah la guna mende alah tu..tgk gambar bawah hehehe..cun pulakkk hahahha..belasah la beb..so sape2 nk terai jom tgk resepi bawah nih..


mini pavlovaaa..


mmg rangguppp..


yg nih ade blueberry..


jeng jeng jengg...


rangguuuppppp..

Bhn2 meringue..
6 putih telur
1/2 sdk cream of tartar
3/4 cawan gula castor*
1 1/2 sdb tepung jagung* - *satukan n gaul
1 sdk esen vanilla

Bhn2 topping
500 ml RICH whipping cream - pukul shingga bertanduk
6 biji starwberry - hiris tebal
100 gm coklat compound - cairkan secara double boiler

Cara2nya..
1. Dgn kelajuan sederhana, pukul putih telur n cream of tartar shingga berbuih.


2. Masukkn sdkt2 gula castor n tepung jagung yg telah dgaul, kemudian pukul dgn kelajuan tinggi.


3. Tambahkan esen vanilla n trus pukul shingga adunan bertanduk.


4. Lapikkn loyang dgn kertas minyak, gunakan acuan telur goreng n pipekan 'meringue' ke dalam acuan, sapu rata dgn menggunakan spatula n tarik keluar acuan telur.


5. Bakar dlm oven yg telah dpanaskan dgn suhu 120C selama 1 jam atau shingga keperang2an.


dalam oven..


6. Keluarkn pavlova, sejukkn atas 'wire rack'.
7. Masukkn whipping cream dlm piping bag, pipekan atas pavlova, nak letak filling lain seperti blueberry pun bule.
8. Susun dua keping strawberry di atas cream n pipekan coklat compound yg telah dcairkan td.
9. Siap utk hidangan petang.

BOWTIES CARBONARA

Salammmmm sumeee..sekarang semuaa anak2 dah cuti sekolah kan..mesti kite nih sebagai ibu masak macam2 utk anak2, macam i kt umah nih papa pun kena masak utk anak2 heheheh..arini anak gadis mintak buatkan carbonara, nak try katanya sebab mama x pernah masakkn carbonara, cuma tahu nama aje..yang anak bujang pulak suruh masak ayam masak lemak cili api..errmmm mama kena la masakk, xpe utk anak2 sume permintaan mama tunaikan..insyaallahhhh..ok cerita pasal carbonara, anak bujang n anak bongsu macam x sukeee jer, sebenarnya anak bongsu dah minta bolognese speghetti dari semalam lagi tp i x sempat nk buat, so arini i pujuk2 dia makan carbonara, mula2 anak bujang n anak bongsu mcm x suke tp bile dah rasa hehhehehe..eh eh org yg kata x suke tu dorg yg paling makan banyakk..sampaikan anak bongsu, i tgh updated n3 nih pun sambil tu i suapkan dia makan..alhamdulillahhh anak2 sume suke, arini en. suami xde g tournament golf..so kami makan anak beranak aje..nak tgk resepi i yg simple..jom tgk bwh..


dah siapppp..

Bhn2..
1 bungkus bowties pasta - rebus bersama 2 sdb minyak zaiton - toskan


1 biji bawang holland - hiris halus*
3 ulas bawang putih - dketuk*
1 inci halia - hiris halus*
2 helai daun basil*
3 tangkai daun oregano* - *bahan2 tumis
1 bungkus daging kisar


1 botol sos carbonara
200 ml susu segar
100 ml whipping cream
6 kepingan daging - potong kecil
1 tin cendawan butang - hiris halus
10 biji baby tomato
3 keping cheese kraft

Cara2nya..
1. Panaskan sdkt minyak zaitun n tumiskan bhn2 tumis shingga naik bau.


2. Masukkn daging kisar n biar daging masak.


3. Tuang sos carbonara bsama susu segar n whipping cream, biar mendidih.


4. Masukkn kepingan daging n cendawan butang, gaul biar sebati.
5. Masukkn kepingan cheese kraft n gaul lagi, biarkan mereneh dlm 15 mnt.
6. Siap dhidangkan bsama pasta.


sedappp jugakk..

Monday, 21 November 2011

TUTTY FRUITY CAKE..

Assalamualaikumm sahabat2ku..dh rehat 2 hari dari mem'baking', ingatkan nk rehat sampai ari rabu..dh anak gadis kt umah nih nkh makan kek buah pulakkk..mmg lame dh x buat kek nih pun..kek yg senang banget n sedap dgn rasa kemanisan n masam2 pada buah..errrrrmmmm lazattt mmg sesuai utk anak2..jom skodeng bawah lg..


siap sejibik kek..


dah kena makan dahh..


sape punya sepotong nih yaaa hehehe..


permintaan dari anak gadisku..

Bhn2 kek..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 gm butter - cairkan-sejukkn

Bhn2 inti - potong dadu - toskan
4 biji strawberry
4 keping buah peach dlm tin
2 biji kiwi

Bhn2 hiasan..
500 ml RICH whipping cream - pukul sampai bertanduk
3 biji strawberry
2 keping peach
2 biji buah kiwi

Cara2nya..
1. Pukul tepung optima n telur selama 8 minit sambil2 kaup2 bagi rata.
2. Tuang susu segar n trus pukul lg selama 2 minit.
3. Tuang butter cair n kaupbalikkan sahaja shingga sebati.
4. Lenserkan loyang 8 inci dgn butter, lapik kertas minyak n lenser butter pd kertas minyak, isikan adunan.
5. Bakar dlm oven yg telah dpanaskan dgn suhu 180C selama 35 mnt.
6. Keluarkan kek dr oven, terus terbalikkn atas 'wire rack' n biarkan dlm 5 mnt.
7. Telangkupkan loyang kek semula, kikis tepi2 kek, keluarkan kek dr loyang n biarkan kek sejuk.


8. Potong kek pd 3 bahagian, letak bahagian bawah atas papan kek, sapukan frescream n tabur buah2 segar.


9. I potong kek guna nih..senang aja n luruuuussss jer, kalu x bengkang bengkok.


10. Tindihkan kek bahagian tgh di atas buah2 yg dtabur td, kemudian sapu 'freshcream' lg.


11. Taburkan buah2an yg dpotong dadu di atas 'freshcream', kemuadian akhir skali tindihkan kek lapisan atas sekali, sapu 'freshcream' sepenuh pada semua bahagian kek n hias ikut kreativiti msg2.


12. Dah siap sejibik kek yg mudah..yg garis2 tu i guna alat mcm gambar kt bawah nih..